Saturday, December 31, 2011

farewell 2011~ welcome 2012!

assalamualaikum kaliannnn...

tik tok tik tok~ masa yang berlalu semakin meninggalkan kita..
sedar x sedar.. tahun 2011 sudah sampai ke penghujungnya. ok. cuba pejam mata.. tarik nafas dalam2.. ingat balik apa yang kita dah buat sepanjang tahun 2011. Banyak buat baik, kebajikan dan sebagainya or banyak buat perkara yg x sepatutnya dilakukan sebagai seorang muslim?  sudah terlaksana kah azam 2011 kita?whatever u have done before, take it as a lesson n never repeat the same thing. LET BY GONE BE BY GONE.

untuk tahun 2012 ni.. pastikan kita perbaharui azam kita dan berusaha untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin. jangan buat azam berderet-deret tapi langsung x buat.. kan rugi tu..

afaz nak share ilmu yang afaz baru peroleh..

ALLAH berfirman,



dan janganlah sesekali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "aku pasti akan melakukannya esok pagi"


kecuali dengan mengatakan "InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah "mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini.
(Al-Kahfi : 23-24)

maksud daripada petikan ayat al-quran ini mengikut fahaman afaz adalah, kita tidak berkuasa untuk menentukan apa yang akan dilakukan selepas ini, kecuali dengan izin ALLAH. ALLAH yang berkuasa menentukan segala-galanya. sepertimana petikan menyatakan manusia merancang dan ALLAH jua merancang. dan sebaik-baik perancangan ialah perancangan ALLAH.

see.. betapa hebatnya ALLAH. allahuakbar.. berdasarkan ayat ni jugak, kita x seharusnya bertangguh. ustaz afaz ada berkata.. " hari semalam bukan hari kita. hari esok juga bukan hari kita. tapi hari ini adalah hari kita. jadi, buatlah yang terbaik pada hari ini."  

kita x tahu bila ajal kita. bila- bila masa saja malaikat maut boleh mencabut nyawa kita.. jadi, jangan bertangguh lagi untuk bertaubat. selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, insyaallah taubat kita akan diterima. 

jadikan tahun 2012 ni tahun yang terbaik untuk kita. kejarlah ilmu dunia dan akhirat..






p/s: pesanan buat antum dan diri afaz sendiri.. =)


Thursday, December 22, 2011

minggu yang sibuk!

assalamualaikum..
bismillahirrahmanirrahim..

aaaaaahhhhhhh.... sempuuttttttt~
minggu ni afaz sangat sibuk dengan assignment yang menimbun.. *heh.. menimbun ke?
ok2.. itu macam tipu..
tapi sem 2 ni memang jadual pack giler! aduyai... byk benda nk belajar.. tutorial itu.. tutorial ini... quiz lagi.. aiyoooo....
rutin hariannya bangun pagi2.. g kelas awal pagi.. then balik lewat petang.. bilik pun dah macam hotel je.. nk tdo jer bru dpt jejak katil.. *ok itu pun tipu jugak. padahal asal balik je landing atas katil.. ><
kawan afaz perasan yg afaz dah lame x update blog..
bukan xnk update.. cume kekeringan idea and dengan line tenet yang x berapa elok ni.. skrg ni pun pkai broadband YES 4G. lajuuuu~

nak update tapi xde cter best... sabar2 ye.. hehe.. saye ni otak sains.. bukan otak penulis..  =P

Friday, November 11, 2011

bersangka baik dengan ALLAH

bismillah
assalamualaikum...

afaz percaya ramai yang pernah frust dengan result pekse kan.. lagi2 bila dapat result teruk rendah.. maunye berkurung satu hari suntuk dalam rumah.. xnak jumpa sapa.. takut2 nanti diorang bertanyakan result kita yang x berapa nak cantik tu kaan.. lagi2 pulak dengan sikap rakyat malaysia yang masing2 mcm joyah n pe'ah.. suka nak ambil tahu hal orang.. hehe.. afaz cakap secara umum.. xde niat nk kenakan sesiapa.. ^^

ye.. memang akan frust menonggeng kalau result pekse tu x seperti yang kita harapkan.. lagi2 bila dah berusaha sehabis baik.. tiba2 dapart ciput jer.. yang x belajar pulak dapat markah tinggi2.. =='

tapi jangan la pulak kita salahkan takdir semata-mata.. mungkin bukan rezeki kita kali ni.. itu semua dugaan buat kita.. yang dapat result baik pun.. itu ujian bagi mereka.. mereka kena berusaha lagi gigih untuk mengekalkan prestasi mereka.. kan payah jugak tu.. ingat diorang boleh bersenang-lenang ke? hehe.. relax.. baca dengan tenang ye~

kata2 sahabat afaz memang menyedarkan afaz.. nak tahu ape? mari afaz share...

"percayalah, examination is not everything, cuba kita renung balik ape matlamat kita yang sebenar hidup kat dunia ni? kita kejar redha Allah dan sebab itu kalau boleh, setiap sesuatu yang kita buat adalah untuk Allah dan untuk dapat redha Allah. jadi.. kawan2 dah usaha kan? Allah nilai usaha kita bukan result, kita usaha.. Dia tentukan result. jangan pernah putus asa.. sem depan, perbaiki kesilapan dan usaha lebih gigih. Allah nak uji sama ada kita bersangka baik kat DIA dan terus berusaha atau sebaliknya.

kalau kita menuntut ilmu dan berusaha kerana nak dapat redha Allah, kita mesti redha dengan setiap apa jua keputusan yang DIA bagi. Allah redha jika kamu redha.. "

ha... panjang x? ye... kata2 itu telah membuatkan saya menangis membacanya.. sesungguhnya sahabat afaz yang sorang ni memang telah banyak menyedarkan afaz tentang tujuan hidup kita yang sebenar..


sekian sahaja utk kali ni.. assalamualaikum =)

Thursday, November 10, 2011

hebatkan ALLAH..

kadang-kadang kita berdoa untuk kuat.. tetapi banyak pula dugaan yang mendatang.

kadang-kadang kita minta ketenangan.. tetapi banyak pula masalah yang timbul.

kadang-kadang kita minta kebahagiaan tetapi jadi pula huru-hara

dugaan menjadikan kita kuat

masalah menjadikan kita berfikir

huru-hara menjadikan kita tabah.

hebatkan Allah!

telah berkata Jibril:"wahai Tuhan, tunaikanlah hajat hambaMu" 


maka Allah menjawab:"biarkan hambaKu itu, kerana aku mencintai suaranya".


 -anas bin malik-

entry gedik santai~

bismillah
assalamualaikum...

ye.. sebenarnya afaz sangat malas nak tulis blog nih.. huhuuu.. tapi dah janji dengan amirah hafizah nak buat mende ni.. so kena lah buat jugak kann..  ini dinamakan permainan gedik2.. hehe..


RULES OF THIS GAME...:)
* post this rules !
* write 11 things about urself
* answer the question that given to u
* create 11 new question for other person that u tag
* choose another 11 person to answer ur question
* NO TAG BACK !!

11 perkara yang perlu anda tahu tentang afaz.. *ade ke org nk tahu? 
  • nama diberi simple sangat sepertimana terpampang di header tu.. AFIQAH AZHAR.
  • x suka orang yang selalu marah2
  • x suka orang ego tinggi 
  • suka berwindow shopping
  • suka tempat yang ada banyak buku *tgk jer.. bace x pun..
  • beli barang prefer guna duit sendiri walaupun hakikatnya parents yg bagi duit belanja.
  • seorang yang happy-go-lucky
  • x suka orang kacau kalau tgh tgk cter best
  • x suka stress2 belajar.. yg penting dpt ilmu~
  • selalu pendam perasaan.. sbb xde tmpt nk bercerita..
  • penyayang.pemaaf.penyabar
dan sekarang afaz perlu menjawab soalan drpd amirah hafizah ni... urmmm
11 soalan untuk victim aku .

  1. tell me one thing about my blog . interesting!
  2. future plan ? nk kahwin! hehe.. =P
  3. ada kapel x ? xdee lg la... tolong cari kan satu plizz...
  4. nak kawin bila? HAHA . jawab jgn x jawab . esok boleh? =P
  5. lagu yg korg suka ? more than words. -extreme
  6. ur idol ? rasulullah saw.. n my mother
  7. fevret muvie ? alaa.. semua movie best.. tp yg feveret the hangover kot..
  8. best quotes u've ever heard ? give me one . gagal sekarang x bermakna gagal selama-lamanya
  9. what is your best qualities ? penyabar
  10. love me or hate me ? love u.. muah!
  11. do you hate liar so that damn much like i hate 'em? and why? yeah! because nobody love liar.    
ok.. that's all.. afaz xtahu nk tag spe.. then.. afaz xmo tag lah. hehee.. spe rse nk buat.. buat lah.. have fun!

Friday, November 4, 2011

penantian yang terjawab.

bismillah..
assalamualaikum..

ya... seperti yang diketahui umum pelajar2 uitm.. bahawasanya hari ini merupakan hari terpenting dalam hidup mereka.. hahah.. xde lah. hari yang menentukan masa hadapan mungkin.. erm.. sebenarnya, inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar uitm. hari ni RESULT PEKSE announced. yeah..

okay.. afaz pun x terkecuali.. hehe.. xyah tanye la result afaz macam mane.. biase-biase je.. walau apepun, kta perlu bersyukur dengan ape yang kita dapat sebab itulah yang terbaik buat kita. ALLAH  lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.. dan ALLAH takkan menguji hambanya melainkan hambanya dapat bertahan dan menerima ujian tersebut dengan redha.

to those yg dapat pointer yang bagus tuh.. tahniah diucapkan.. yes.. you deserved that. kekalkan prestasi kalian! hehe.. yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa.. masih ada peluang untuk kita berubah.. kita boleh berusaha lagi sem depan.. kan3... "gagal sekarang x bermakna gagal selamanya" bersyukur dengan ape yang kita ada.. x semestinya kegagalan hari ni menghalang kita untuk berjaya..

yang penting... jangan berhenti berusaha!
=)

Thursday, November 3, 2011

adat vs realiti

bismillah...
assalamualaikum....

salam 1 malaysia~ hopefully pembaca semua sihat sentiasa dalam lindungan dan rahmatNYA.. hari ni nak cerita tentang kehidupan kita.. pernah x masa kecik2... or sekarang pun masih ada lagi parents kalian pesan "jangan cakap dengan oarang yang kita x kenal". Tetapi... dalam kehidupan sekarang ni.. persekitaran sekarang.. dengan slogan 1 malaysia bagai... kita kena bersatu untuk mengeratkan perpaduan antara kaum... kan perpaduan penting dalam kemerdekaan. secara realitinya, kita kenalah bertegur sapa kaaan... okey.. afaz dah merepek..

ceritanya mcm ni.. tadi pagi afaz teman adik afaz pergi beli nasi lemak.. then lalu la depan satu kedai mamak ni.. ade la sorang customer tu tegur kitorg.. "adik, sudah makan ka?" ok.. dalam situasi macam ni.. korang mestilah x kenal kan sape mamat tu... lagi pulak die indian.. korang balas x teguran dia? hurmmmm... afaz hanya mampu balas dengan senyuman dan anggukan kepala jer.. *padahal baru nk g bli makanan.. 

well, kita kan satu malaysia.. memang sepatutnya kita beramah mesra sesama masyarakat kan.. tapi memang sifat afaz yang susah nak bercakap dengan orang.. tu yang kekok skit bila org tegur mcm tu.. padahal small matter jek pun.. atuinye pun~  tapi jangan lah terlebih mesra.. kang lain pulak jadinya... itu je.. just orang melayu ni banyak sangat adat dan pantang larang.. bukan nak kata adat dan pantang larang tuh dah x relevan... cuma kena lah sesuaikan ikut keadaan.. jangan main hentam je.. kaaaaan. 

okey.. sekian.. =)

Sunday, October 30, 2011

berbaktilah kepada kedua orang tuamu..

bismillah
assalamualaikum...

pembaca semua sihat x? kalau sihat say alhamdulillah.. kalau rase2 x berapa nk sihat tu.. bawa2 la berehat ye.. jgn stress2 sgt... hehe..

sepertimana tajuk entry hari ni.. erm.. afaz nk cerita lah pengalaman afaz. nak dengar ke? heee.. kalau xnak dengar boleh pergi tgk2 blog orang lain ye... ^^
afaz baru je balik dari JB. seminggu afaz kat jb jaga nenek afaz yang dah uzur.. umur pun dah 80++.. heee~ x ingat la pulak berapa.. sedia maklumlah.. bila umur dah makin bertambah.. makin dekat kita dengan kematian. makin banyak pulak dosa yang kita buat kan kan? nauzubillah..

ok ok.. ceritanya macam ni.. 1 hari, nenek afaz tetiba je kne serangan 'mild stroke'. hah.. pekebenda tuh? afaz pun xtahu... belum jadi doktor lagi.. huhu.. mild stroke.. kiranya mcm stroke la.. cuma x kronik.. kot. then, makcik afaz yg kat JB ni pun call semua siblings dia.. ayah afaz salah sorang nya... then.. petang tu jugak kami bergegas balik ke jb dari rawang ni.. jauh kaaan.. malam baru sampai. then, sampai2 jer.. nenek dah macam orang nyanyuk.. x kenal dah sape2 yg datang tu.. kenalah kamik memperkenalkan diri kami masing2.. macam hari 1st sekolah pulak kaan? heehee

alhamdulillah malam tu semua anak2 nya ada.. kecuali sorang.. itupun sebab pakcik afaz tu sendiri x sihat.. lama2.. dah ok la sikit nenek afaz tu.. dah boleh bercakap.. boleh berjalan walaupun dipimpin.. biaselah kan.. orang tua.. kaki pun x kuat nk jalan.. selama seminggu ni.. afaz tengok pakcik makcik afaz sangat concern dengan keadaan nenek.. nenek pun dah macam puteri bak kate adik afaz.. semua benda orang buatkan.. ^^

pengajaran yang afaz dapat selama seminggu ni mengajar afaz erti kehidupan. kita kena hormat ibu bapa kita selagi mereka masih hidup dan mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. tanpa mereka siapalah kita.. x wujud kita kat dunia ni.. bersyukur lah kita yang masih ada ibu dan bapa ni.. jangan sesekali sakitkan hati mereka.. bersabarlah~ walaupun kadang2 susah untuk kita terima.. tapi ibu bapa kita tetap betul selagi mana x melanggar hukum syariat. *setiap apa yang mereka buat untuk kita.. marah.. nasihat.. teguran.. semua ada hikmahnya..

Saturday, October 22, 2011

kata-kata hikmat sahabat maya

bismillah..
assalamualaikum semua..

alhamdulillah.. afaz diberi kesempatan utlk menulis lagi... korang pernah dengar pasal kolony x? ala.. ingt x iklan celcom kat tv tu? dengan simbol pelik colour orange? x ingat jugak.. cer klik sini kolony. sesiapa yang guna celcom maybe ade yg dah buat kot akaun kolony nih.. ape? kolony tu ape? x tw lagi?

ok ok... mari afaz terangkan. mula2 afaz tahu pasal kolony ni pun dari sahabat afaz.. afaz mmg x pernah terfikir pun untuk buat akaun kolony sebab simbol die yg pelik.. iklan pun menakutkan je...

sahabat afaz suggested afaz buat kolony supaya senang nk berhubung... yup! mmg senang.. xyah bayar pulak tu.. memang berbaloi la kan.. jimat duit.. hehe.. afaz join kolony pun sebab nk cari ilmu.. jangan salah faham pulak.. sahabat afaz ni.. mmg sahabat dunia akhirat.. sahabat yg banyak menyedarkan afazz tentang kehidupan dan tujuan hidup kita..

mcm afaz kata tadi.. melalui kolony nilah.. afaz dapat banyak kata-kata hikmah drpda sahabat afaz. memandangkan afaz bru je join kolony ni.. fren afaz pun x byk.. tp.. setiap seorang dari mereka x pernah terlepas memberi kata2 nasihat buat afaz hampir setiap hari.. subhanallah... hebat kan teknologi sekarang..
walaupun afaz x kenal mereka.. mereka tetap menyampaikan ilmu yg mereka tahu..

alhamdulillah, kini afaz terasa hidup ini sedikit bermakna... sebagai hambaNya yg kerdil...
sekian.. wassalam.

tersedar..

bismillah..
assalamualaikum..

hari ni.. afaz tersedar satu perkara yang membuatkan afaz terasa afaz dah bazirkan masa begitu aje..
afaz sedar.. selama ni.. pengisian dalam blog afaz ni x memberi manfaat pun kpd semua pembaca2 blog afaz..
maaf ye.. afaz akan cuba pebaiki blog afaz agar lebih menarik dan bukan utk afaz sorg je yg faham..
hehe..

afaz selalu jugak blogwalking pagi2.. exercise la katekan... tgk blog org.. sejuk je hati bace.. dapat la jugak ilmu walaupun sikit... nak compare ngn blog afaz mmg x la kaaaaan..

lgpun.. afaz baru je mengaktifkan diri berblog ni.. harap yg dah sifu2 tu, tolong la beri tunjuk ajar ye.. ^^
sekian.. wassalam.

Tuesday, October 11, 2011

MUET thingy

salam 1 malaysia.

Hi guys!
 mesti ramai yg nk google2 pasal muet kaaaan? hehe.. its normal guys..
well.. I just finished my muet speaking test 2 hours ago. i wanna share some experiences with you guys...

urm.. first thing first, prepare ur slip and ic. this 2 are very important. Then, go for the test early. like mine.. suppose to start at 11am.. and i went there at 10am. masuk sekolah muka cool jer.. rilek2 sudah.. sebab yg amik muet tu pun nanti baya2 kita jugak.. or maybe la ade org yg lebih dewasa.. tapi diorang pun mcm kita jugak.. so.. xyah gabra sangat la bila tgk diorg.. heeee~

then.. we all are quarantined in a room. and in that room we know our groupmates. then we can discuss anything with them. but.. i end up chattering with my friend. LOL. hehe.. thats is a way to reduce our nervousness. seriously..  and.. no doubt that 90% in that room was UiTM students. budak PALAM jer dah 6 org including me. there are 15 candidates. 1 absent. then.. 4 org yg lebih dewasa.. the rest.. Uitm shah alam. and 1 Chinese girl.

my group consist of 3 PALAM students and sorg pakcik.. heeee.. xde lah tua mana pakcik ni.. mse kne kuarantin, kitorg wat keje masing2.. afaz pun dah x tw nk bce ape.. just termenung and berselawat jer dlm tuh.. ok. doalah tyme tu sbb bila dah masuk bilik test nnt, x sempat nk buat ape2.. trus duduk and jawab.. haa

my turn start at 12noon. and.. the invigilators are both female. they look nice. so.. kurg la skit nervous kaaan?
then.. our question is..  "challenges faced by students while studying abroad". these are the points given  a) homesick  b)language barrier  c) financial aid   d)culture difference 
nmpk senang kan? hurm.. boleylaa 


masa task A. ok lah.. boleh la jawab.. i got point c. so... many advantages right? hurm... i just spoke up my point. even tersekat-sekat pun.. but alhamdulillah i managed to say my point very well. during task B, everybody said their point. and... language won. alright... we all agree with reasons stated for language.. and thats how it end. nothing to worry.. just chill~ hehe


invigilators tu x cakap ape2 pun.. die tgk pun sbb nk bg markah la kan.. diorg pun melayu jugak.. so normal lah kalau trkeluar "lah" or ape2 jer.. diorg buat dunno tp xtw la kalau markah kurang..  


datang berlenggang pun xpe sbb semuanya disediakan.. kertas, pemadam, pensel.. and kertas tu xdpt bwk balik.. kne crumpled kat dpn diorg gak n buang terus dlm tong sampah yg ada dlm bilik test tuh.. then baru bleh keluar.. well.. phone kne switch off..


just bace tips2 yang ade.. then pergi dgn tenang ke tmpt test.. nk nyanyi2 pun boleh.. lalalallaaa


p/s.. to muslims.. Orang-orang yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah.. dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenang. (Ar Ra'ad : 28) so, byk2 berselawat guys! 

Friday, October 7, 2011

baju liga anti-couple kembali lagi!

salam 1 malaysia...

kawan2.. kali ini.. baju liga anti couple kembali lagi tapi dengan design yg lebih ceria but still mempunyai message yg ingin disampaikan iaitu.. jauhi zina.

erm... tiada ape yg afaz nk bebelkan lagi... just nk promote kan baju ini...



baju


design yg ada pada baju
tempahan ditutup pada 14/10/2011


what is ur opinion on this 2nd edition of LAC's shirt? kita akan cuba edit lagi supaya kelihatan lebih menarik, insyaAllah. please promote this to your friends.

LAC's 2nd Edition T-shirt [Design 2]

Front : Nikah Islamic Couple
Back : ""JANGAN kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.'' - Imam Syafi'i Rahimahullah -
www.facebook.com/ligaanticouple

*100% cotton ; T-shirt material
*1 design only (colour according to picture)
*available in both short @ long sleeve
*available from XS to XXXL


insyaallah...

~membeli sambil berdakwah~

Wednesday, October 5, 2011

physics yg terlebih kasih sayang pun mengada-ngada

salam 1 malaysia..

erm... physics ni... mmg mengacau laaaaa
cube jadi baik skit... jangan nakal2..
kann dah susah aku nk jawab exam final hari tu.....
walaupun ramai orang kata senaaaaaaaang.. tp aku tetap rase soalan dia sangat susah...
sebab aku x boleh jawab soalan tu....

aduhaiiiii apelah nasib....
berserah je pada Allah swt..
aku dah berusaha sebaik mungkin..

Saturday, October 1, 2011

bukan bio je perlukan kasih sayang~ rupa2nya.. chemist menagih simpati

salam 1 malaysia

haha.. entry kali ni berkisar mengenai final exam aku jer la nmpknyaaa...
huhu.. ingatkan biology jer x cukup kaqsih sayang.. rupa2nya.. CHEMISTRY pun nk jugaakkk..
adesss.. xbleh pilih kasih ni.. kang merajuk pulakk chemistry tuh..

huhu.. sebenarnya afaz x tau nk ckp mcm mne.. cuma nk bagitahu yg paper chemistry hari tu lagi susah drpd biology. erm... mmg buat formula sendiri jek la.. 3 jam pun x cukup~ adoyai..

lepas ni fzk pulak.. harap2 aku dpt beri kasih sayang secukupnya dekat Mr. Pijik ni.. supaya dia dpt tolong aku masa pekse nnt.. tapi kalau agak2 Mr. Pijik ni nk jadi kan aku albert einstein, aku redha jer.. *maksudnya aku kne buat formula sendirilah~ haha...

mmg afaz dah x sabar nk jadi albert einstein pun..~

Thursday, September 29, 2011

Tuesday, September 27, 2011

oh bio~ mmg aku sayanglah!

salam 1 malaysia... ngeh3~

tadi pekse biologos~
pergh... susah die mmg x beragak! hehe.. mcm aku dah jadi doktor je..
kalau bagi doktor jawab pun.. mesti x pass
huhu...

bersabar afaz~
memang xde benda yg senang kat dunia ni.. semua kene usaha..
apapun.. afaz tawakal je pada yg Esa..
afaz dah buat yg terbaik.. doakanlah afaz dapat keputusan yg cemerlang yerr.. hehe



Sunday, September 11, 2011

final exam

salam 1 malaysia


lama sudah x menulis..almaklumlah.. busy memanjang~
lagi2 pulak tgh minggu test dan next week final exam.
terasa cepat jer masa berlalu.. mcm baru semalam jejakkan kaki ke puncak alam nih..
skrg nih..student dgree lak dh masuk..aish...rse kejap je time aku dftar tu..hehe ^^
dan sekarang.. hurm.. ape lagi! struggle la! final ni lah menentukan aku berjaya atau tidak..
insyaallah aku akan buat yg terbaik.. doakan saya ye kawan2~
^^

Friday, August 19, 2011

van ambulan pun jadilah


salam 1 malaysia...

kali ni afaz nk cerita pengalaman afaz.. semalam, habis je lab fizik, afaz teurs la balik kaann..
ingtkan nak balik naik bas.. tapi bas xde.. then, van ambulan uitm dtg.. die stop dekat bus stop n tumpangkan ktorg.. memang dah macam sardin dah van tu.. memang xde harapan la nak naik sebenanya.. tapi.. kalo dah rezeki... berhimpit pun sanggup kaaan? hehe



memang afaz berhimpit dlm van tuh.. pintu pun mcm nak xnk je tutup.. yelah kan.. van pun penat jugak nk bawa ramai sgt penumpang.. abang yg bawa van ni pun press minyak kuat2 masa naik bukit.. huhu bayangkanlah betapa beratnya kami.. hehe

alhamdulillah.. afaz selamat sampai ke kolej.. dan tiada bayaran dikenakan! woohhuu excited skit sebab kalo naik bas kena bayar seringgit..

rezeki afaz memang murah hari tu.. dapat pulak bubur lambuk free.. bukan 1 tapi 3!! rezeki jangan ditolak~ huhu.. akak tu yg nak bagi.. saya terima je... alhamdulillah.. dah saving skit perbelanjaan hari tu...



muka excited naik van
inilah van tu.. sempat lagi amik gamba
sekian =)

Thursday, August 18, 2011

cari pasal




salam 1 malaysia..

rancang perjalanan sebelum keluar rumah.. insyaallah selamat..
tp afaz mmg x rancang perjalanan kali ni..

RABU, 17/8/2011.. UiTM bg cuti.. yeay!~
then afaz plan nak kuar... TAPI... x tahu nak pergi mana...
duduk dalam bas.. then.. baru rancang.. mmg terlajak sampai ke KL lah kan....
aduhai.. nak cepat punya pasal... afaz n kawan2 *finaz n fawaz jek pun decide nk g klcc..
mmg fawaz la yg jadi tour guide kitorg...



then sampai2 jer... trus masuk kinokuniya *kedai buku la konon.. macam kitorg nk bli buku pulak...
hehe.. x sampai 10 minit dah keluar...


masuk pulak petrosains.. mmg dah macam kanak-kanak dah kitorg.. *padahal dah bley jd mak bapak budak =p semua benda dalam tu ktorg main.. yelah kan... bukan selalu dapat masuk petrosains tu..
jalan punya jalan.. main punya main.. dah 2 jam ktorg kat dlm tuh..
ingt kan nak balik trus.. TAPI...


agenda yg x dirancang.. mencari kasut raya utk si fawwaz.. aduh mak aih... bukan sng nak cari kassut budak lelaki yg high class mcm si fawwaz nih.. macam nak tercabut kaki afaz dibuatnya.. memang kitorg dah tawaf dah satu klcc tuh.. last2 jumpa jugak... nasib baik ada.. kalau x, mmg fawwaz nk kena tido kat klcc tuh..


then.. ktorg pun pi la kl sentral.. nk pi solat asar dlu.. lepas tu... tgu bas.. tiba2 je hujan..
lebatnya ya allah.. memang sangat lebat! dengan anginnya lagi... mcm ribut dah rasa.... memang basah lenjun ktorg kat ctu... tgu bas x sampai2... ingt nak naik teksi je... nasib baik ada jugak bas.. memang lambat la ktorg sampai kolej malam tuh.. nasib baik x kena tdo luar..













Tuesday, August 16, 2011

mari beli!~ jualan murah~

ada sesiapa berminat nak membeli baju ini? order masih dibuka sehingga 18/8/2011
harganya x mahal... rm20 je! ape tunggu lagi... dapatkan cepat~ nak bli... search fb liga anti-couple.
ataupun.. bgtw pd saya.. dan saya akan uruskan.. InsyaAllah..

*100% Cotton
*1 Design only
*Lengan panjang atau pendek
*Saiz XS hingga XXXL

RM20 / shirt (untuk lengan pendek)
+ RM5 kos penghantaran (Semenanjung Malaysia) atau RM7 (Sabah & Sarawak)
+ RM2 untuk lengan panjang

PM Ahmad Sabri your details :

nama penuh :
saiz :
type : (lengan pendek / panjang / t-shirt muslimah)
bilangan :
nombor telefon :
alamat :

*maklumat ini hanyalah untuk penghantaran baju sahaja.



Sunday, August 14, 2011

brain storming

assalamualaikum...

afaz tgh brain storm nk tulih ape sbnrnye....
n.. until now.. nothing cross my mind.. *jangan marah.. heehe

pejam celik-pejam celik... dah hampir separuh bulan ramadhan berlalu..
bagaimana ramadhan kalian? terisi dengan amal jariah dan kebaikan atau terasa seperti tiada perubahan? erm... cuba muhasabah diri sekejap.. pejam mata.. tarik nafas dalam2... dengan tenang... hembus~ cuba ingat balik apa yg kita dah lakukan sepanjang ramadhan tahun ini.

****************************

tahniah kpd sesiapa yg dah melakukan perubahan sepanjang ramadhan ini~! x kiralah besar mne pun perubahan itu... yg penting ianya terarah kepada kebaikan.. alhamdulillah

yg terasa kehidupan sepanjang ramadhan ini sama seperti hari2 biasa, masih ada masa untuk kalian berubah... masih ada masa untuk melakukan kebajikan... xperlu susah2 nk buat yg susah.. buat yg senang je dulu.. sempurnakan penutupan aurat.. :) tutup mne yg patut... jangan pakai yg jarang2.. kang hilang pahala puasa org lain pulak... :)

yg penting.. ikhlaskan niat kita kerana Allah Ta'ala..
pesanan ini juga adalah untuk memperbaiki diri afaz yg serba kekurangan dan kerdil ini..~
:) :) :) :)

Sunday, July 31, 2011

selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK

‎(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。
maaf andai ada slh silap zahir dan batin....smoga ramadhan kali ini penuh dgn
barakah...I'ALLAH...Amiin.....​. :):):)

just be yourself

assalamualaikum dan good evening...

asal nak keluar rumah je.. mesti kena dress up cantik2... haruskah? mekap tebal2... minyak wangi 1 botol... celak bagai... ayoyo~ x serabut ke kne pkai mcm tuh? simple2 je la.. kan senang..
siap pun cepat.. ok... mesti korg x tau ape yg afaz tgh bebel nih.. tp, afaz just nak share..
hari ni.. afaz pergi shah alam pakai tracksuit je... o__O ok.. mesti korg x percaya kan?
shah lama beb! bukan pasar malam.... tp.. itulah hakikatnya.. haha..
kena gelak pun ada.. tp, nak buat mcm mana.. mulut org kita x boleh tutup... haha
buat selamba je lah... JUST BE YOURSELF..

Tuesday, July 19, 2011

PUN PUN CAK!

assalamualaikum wbt...
ape kbar semua? hope antum semua sihat... acewah!~ dah mcm budak uia la pulak...
hehe

x tahu nk kata ape2... sekadar mengisi kekosongan masa...
sbnrnye bnyk mende nk tulis nih... tp dah lewat malam...
esok2 je lah ye.. huhu...

tp sebelum tuh... layan lah dlu gambar2 nih...
gambar sepanjang kehidupanku di uitm puncak alam sehinggalah cuti midsem nih...
















Tuesday, June 28, 2011

life in UiTM

assalamualaikum...

wah~ diam x diam dah lebih sebulan rupanya afaz belajar di UiTM Puncak Alam nih..
dan... hidup sebagai student asasi memang menguji keimanan dan kesabaran... semua benda nak rush. ingt kami ini robot ke ape? hehehe..

walau sesibuk mane pun afaz, afaz akan tetap kuangkan masa dengan kawan2... erm.. kawan2 afaz kat cni semua baik2 dan kepala biol mcm afaz jugak... hehe nasib baik ada kawan sekepala.. afaz mmg x boleh la kalau nk berkepit dengan budak skema 24jam walaupun afaz ni kadang2 skema jugak...

kampus ni saaaaannnnnnnngggggggggggggaaaaaaaaaaaatttttttt besar! rasanya x sempat nak jelajah kampus nih dalam masa setahun. mmg besar.. x tipu...

oklah.. kali ni afaz nak cerita pasal housmate la pulak...
1 rumah 8 org.. nama? aqila, anisah, haziqah, nad, ayu, atiqah, n alia...

rum8 afaz bernama ayu... seayu org nye...=P huhu
nasib baik ayu ni pun gila2 jugak.. xdela afaz meroyan sorg2 nnt.. hah.. kalo dpt rum8 yg nerdy pun masalah jugak...
rsenye pasal housmate x byk story la.. next entry afaz cerita pasal classmates pulak ye..
sekian..

sikap rakyat Malaysia yg pentingkan diri sendiri.

assalamualaikum semua...

hari ini afaz nk berkongsi satu entry mengenai RAKYAT MALAYSIA yg sangatlah mementingkan diri.. bagi sesiapa yg selalu menggunakan highway terutamanya waktu hari raya dan sebgainya....
mesti korg perasan benda ni..
iaitu org yg slalu menggunakan lorong kecemasan bila jalan sesak.
'ello brader, sabar la sikit... bukan brader sorg je nk cepat' nak terb*rak ape? huhu
pastu.. bile ada eksiden, mula la nk himpit keta2 lain... ingat kitorg ni nasi impit ke?

lagi satu yg afaz paling x puas hati.. bila ada eksiden je... mesti ada yg drive slow2.. konon prihatin la tu... padahal tgk2 je... dan yg paling x boleh diterima bila eksiden tu x brape nk teruk sgt... aduhai... kan masalah bg org lain... bukan afaz nk ngutuk, cuma dah bosan dengan sikap rakyat malaysia yg slalu mcm nih... aduhai~

Tuesday, May 31, 2011

fuh~ penat.. penat.. penat..

assalamualaikum semua~
dah lame x menulis kan kan kan?
erm... sebagaimana tajuk entry kali nih.. aku nk bgtw korg yg aku skg ni kat uitm puncak alam.
huhuhu...
seminggu x menulis sebab terlalu sibuk bereorientasi bagai...
terasa macam budak2 form 1 yg baru nk masok asrama pulak.. hikhik..
mane x nye.. kne menari lah.. menyanyilah.. lompat sana lompat cni..

nak tau x.. kampus nih besar sangat! setiap hari jalan je dah hampir 5 km.
huhu.. over x.. xpe la.. aku xtw nk ckp cmne..
cer try dtg cni n jalan2 kat kwsn kampus ni.. ha.. bru korg tw..

dan2... kat kampus ni ada tangga kejayaan yg menghubungkan antara fakulti dan asrama.
ala ala tangga batu caves la jugak.. 2++ anak tangga..
setiap hari mmg kne naik la tgge ni..
ade je bas.. tp kne bayar la..
semput lagi bayar duit drpd naik tangga.. hehe

sbnrnye masih kepenatan lg nih sbb bru je balik dri kuliah..
len kali aku sambung lagi ye.. bye2..

Thursday, May 19, 2011

lagi 2 hari

pejam celik pejam celik... x sedar rupa2nya dah 6 bulan aku melepak kat umah tanpa berbuat apa2.. haha
rse cm baru semalam pulak hbes spm. tup2 dah nak masok U dah..

huhu.. lagi 2 hari aku akan bergelar siswi UiTM. ngeh2..
uitm puncak alam je.. x jauh pun dari rumah aku.. hehe..
boley la slalu balik umah..

tapi aku x siap packing barang2 lagi... tinggal 1 hari je utk aku siap kan semua tuh..
haha.. nmpk sgt malas nk msok u..

dah lame x update blog nih..

al maklumlah.. orang ni dah nak masuk U dah..
so mcm2 persiapan die kena buat...
sampay x sempat nk bukak blog ni..

ini pun curi2 bukak blog..
haha

Saturday, May 7, 2011

UiTM Puncak Alam

ok.. masing2 dah tw dapat U mne.. ade yg suka ade yg x suka..
nak buat mcm mana.. mungkin rezeki kita kat ctu.. terima je lah..
hehe..

aku pulak dpt uitm puncak alam. mula2 tu rse cm x nk la jugak.. sbb still under MARA.
dah la 5 tahon aku duk MRSM. mmg anak jati mara tul aku nih..

tp ble di fikir2 balik.. baik aku terima je twrn U ni sbb mungkin ini adalah yg terbaik yg ALLAH dah tentukan untuk aku. bersyukur dgn ape yg aku dpt nih.. drpd org lain.. yg nak masok u tp x dpt.. lg kesiankan? jd, manfaatknlah ape yg Tuhan dah bg.. jgn asyik nk merungut jer..

and.. aku tau mesti rmai gler dak2 mrsm yg dpt uitm nih.. hurm.. bley buat reunion nih.

Friday, May 6, 2011

ape pilihan anda?

okie2... result upu dah keluar..
hurm.. mengharapkan UM tp dpt UiTM.
whatever it is.. bersyukur pada ALLAH sbb masih bg peluang kat aku nk blaja kat universiti.

alhamdulillah. aku dpt twrn ke UiTM dlm bidang asasi sains.
nk uitm or matrik?
adusss..
pening2..
tp matrik jauh bebenor la pulak...
kedah tuuu.. hurm..
istikharah lebih baik kan?

Wednesday, May 4, 2011

2 malam tido lambat

ni semua gara-gara si FAIZ NOOR AZAM. hehe..
die ni memang xde keje.. slalu je kacau aku tgh2 malam.. (selalu ke)
n.. ntah la... nk berkenalan dengan die? ha.. g la cni.. ceritakosong
ntah ape2 yg die merepek korg bce la sendri ye...
aku penat asyik gaduh je ngn die tgh2 mlm..

kpd si faiz., aku minta maaf lah kalau ko rse entry ni memalukan.. hehe..
sje je nk promote blog ko pulak. ngee~ peace~

waktu bosan ku di siang hari..

hurm.. dah lame x meng'update' blog ini. huhu... cukup malas.. *padahal berangan nak jd blogger terhebat. entry pun hampeh. haha

ape yg aku slalu buat ble aku rse aku bosan? mmg korg rse x best la kan entry nih...

hurm.. jap2!! jgn kuar dlu.. bce dlu..

biasanya, kalau aku dah bosan, aku akan rasa lapar. ntah la.. 2 perasaan tu datang serentak pulak..
so, aku akan menggali-gali kabinet dapur tu sampai la aku jumpe ape yg tekak aku nk makan.. kalau dah xde sgt.. memasak lah aku.. kalau rajin skit buat pizza.. x pun muffin.. tp slalunye masak maggie je~ haha..

biasalah.. hidup org bujang..
pastu godak2 internet pulak.. tgk2 facebook. kalau rmai yg on9, chatting2 la sekejap. tp kalau x ramai.. off9 fb tuh then start blogwalking.

aku memang suka bace blog org.. bce la ape yg diorg cter.. ade isu semasa, ada ilmu2 agama skit..
so, kekadang aku rse cm bermanfaat jugak ape aku buat nih. *aceceh~

dan, blog yg selalu aku usha ialah blog si manis yuyu zulaikha dan si 'kacak' ben ashaari..
blog diorg ni sentiasa aktif.. mmg x bosan lah kalau bace.. best sgt2!~ (best ke? =..=) x percaya.. cube lah bce sendri...

Tuesday, April 26, 2011

tirulah sikap SEMUT.

hah.. kali ni nak cter pasal semut pulak.. nape semut? npe x gajah ke? burung ke?
haha.. saje tetibe suka ngan semut pulak.. nak tw ape semut dah buat?
semut xde wat salah pun.. ok2 straight to the point.

semalam aku meletakkan seekor ikan bilis atas dapur.. x lame lepas tuh, berduyun2 semut datang..
diorg amik ikan bilis tuh. ramai2 nih angkat ikan bilis tuh... ye la, ikan bilis tuh pun 20 kali ganda lagi besar drpd semut2 tuh... hah~ tgk nih...




mule2 aku tergamam la jugak. sbb tgk semangat semut2 nih bw naik ikan bilis nih atas siling..
mungkin kat atsa tu kot tempat die simpan makanan..

mmg bagus semut2 nih.. lps sekor x larat, yg lain tolong backup. yg lain2 pun sama.. hah~ nampak x sikap semut yg bekerjasama nih? dan juga berusaha gigih. semut2 nih berusaha mencari makanan besama2. xde gaduh2. xde rebut2.. xde tamak2..

kalau manusia lah kan, cmne ek? kadang2 roti sekeping pun nak berebut. payah2.. itulah sikap manusia yang x pernah bersyukur dengan ape yg ada.. semut yg xde akal tu pun boleh bersatu, ni kan pulak manusia....

Friday, April 22, 2011

ok. rajin2..

hurm.. tgh rajin godak2 photoscape..
aku pun meng'edit' la gamba..
dan.. inilah hasilnya~


taadaa!!

hehe.. gamba2 tu sumenye classmate aku mse f5.
miss u all!!
muah2~
hehe.. ade yg nk muntah x bce entry nih?

peria oh peria~


peria SANGAT sedap~ haha..

td dinner aku mkn peria.. tp skit je la. pahit gler! huh...
cmne la org dlu2 bley thn mkn ulam2 mcm nih... ayoyo~

kalo nk tw, peria ni baguih no~ mengikut fakta wikipedia.. peria ni bley ubat HIV dan jugak demam malaria~ huih.. dahsyat tuh! bagi jer org2 yg kne hiv nih mkn peria! biar diorg rse pahit cmne..
ok aku dah merepek~

nk tw lg info pasal peria? hah.. GOOGLE la sendri..
haha.. aku malas la pulak nk tulih pnjg2.. kang ade yg bosan nk bce...
ok la.. nk tgk IMAM MUDA.
salam~

Thursday, April 21, 2011

pesta buku kembali lagi!!


pesta buku antarabangsa kuala lumpur akan berlangsung lagi tahun ini bermula pada hari esok.. iaitu 22 April 2011. acara yg berlangsung selama seminggu ini akan tamat pada 1 Mei 2011.
jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan buku2 yg best2!!
mostly buku yg dijual di pesta buku nih LIMITED EDITION and susah nk dapat kat kedai2 buku biasa.. baik pergi.. RUGI oo kalo x gi.. kat pesta ni jugak la pengarang2 dan penerbit2 buku akan turun padang. jadi.. mai la.. jumpe penulis2 kegemaran korg sume.. mesti havoc kan? kpd students yg nk amik exam taun ni.. mmg byk jual bku xtvt yg murah2.. so.. jgn lepaskan peluang ni sbg langkah awal menuju kejayaan. jom2 pegi ramai2.. lambat nnt buku habis~ haha.. padan muke.. hehe.. OOPPSS... lupe nk bgtw.. event ni diadakan di PWTC. bermula dari 10.00am hinnga 8.00pm. dtg awal utk elak kesesakan.

erm...

Tuesday, April 19, 2011

photoscape~

erm.. adik aku dah lame suh aku install photoscape nih.
dan, aku bru menginstallnye td. dan aku dah mencube2 pelbagai ape nk ckp ek.. erm, hah! tool2 yg ade dlm tu. aku pun da try edit gamba. best! nk tgk? hehe..




yg ni menggunakan teknik reflection. nice kan~


kesian die... siap terkentut lg


hah! it's me!

Thursday, April 14, 2011

macaroon!!

semalam aku cube nk buat macaroon...... tp, x jadi! T_T sedih sgt..
penat ow.. dah la lame nak wat. tup2 x jadi pulak! erm... byk pembaziran sudah berlaku...
nak sangat! tolonglah.. spe2 tw kat ne bley bli macaroon ni?



tgk nih! sedap kan3?

Wednesday, April 13, 2011

JALAN2 DI KUALA LUMPUR episod 2

hurm.. spe2 yg x bace lg episod 1 mmg x phm la ape yg akan aku tulis nih. tp x pe kalo korg x nk bce... x jadi masalah pun. episod kali ni aku nk ceritakan pengalaman aku balik ke rumah pulak.
ok. KL mmg sentiasa sibuk. aku pulak kena balik ngan mak aku time tuh. so, aku pun deal la ngan mak aku nak jumpe kat stesen LRT Bandaraya. Tapi aku terlambat sikit dan menyebabkan aku terlepas 2 bas. so, kne tunggu lagi bas lain yg akan datang lebih kurang setengah jam. ayoyo.. lambat lagi la nmpknye.. =_='lupe nk bgtw, mse dlm LRT tuh, mmg x rmai org. aku siap posing maut lg amik gmbar. tanpa segan silunye... ngeh3 =P



sengal




tgk lah betapa 'sesaknya' lrt nih


********************************************************

akhirnya, bas yg dinanti-nanti pun tiba. masuk2 jer... ingatkn salah bas, sbb mostly orang asing. ok lah, senang cter orang Bangladesh. mmg ramai. nak x nak kne naik jugak la.. sbb dah lambat.
then, ada pulak orang negro. ayoyo~ dah x mcm malaysia dah. aku ingatkan malaysia nih ada 3 bangsa je.. rupenya banyak lagi! myanmar, indon,nepal,bangla,negro, n so on.
aku sampai rumah lebih krang pukul 7. lambat kan? well.. nak buat mcm mne..

so.. banyak pengalaman aku dpt hari ni. aku telah memanfaatkan kemudahan yang ada kat malaysia ni sepenuhnya. ACECEH~ hehe.. aku naik bas, ktm, monorail dan lrt. wow!

mesti korang yang bace nih rse cam blo aku ni x matang.. erm.. aku baru belajar. sile beri tunjuk ajar mcmne nak jdikan blog nih menarik. TQ for your time. bye~

Tuesday, April 12, 2011

acer

acer aspire 4750G.


hadiah sempena result spm aku yg excellent. =_='
dlm family kire excel la tu.. nk compare dgn org laen..
aku mne de laptop sendri.. nilah first time dpt laptop.
thnx to my dad!

Wednesday, April 6, 2011

JALAN-JALAN DI KUALA LUMPUR episod 1

mse ni kat LOT 10




yah~ itu dia! 2 pemain negara sedang berentap


kaki fadh x sampai! hehehe..


iklan colgate


YEAH!! Akhirnya berjaya jugak plan nak kuar jln2 ngan bdak2 kelas aku.
haha.. best3!!!
aku enjoy habes jalan2 semalam.. SERONOK!
erm... aku memulakan perjalanan dari rumah dengan kaki kanan. ye ke? ntah la aku pun da lupe..
pastu aku naik bas metro menuju ke RAWANG. then berjalan kaki menuju ke stesen KTM.
"kak, tiket KL sentral satu". akak yg cun tu pun bg la aku tiket..
sesampainya aku di kL sentral, aku mcm org jakun. wakaka~ hehe.. x penah kot pegi kL sentral walaupun da lbey 10 tahun aku digelar ORG KL.
erm.. aku perlu menunggu friends dari seremban. Tunggu punya tunggu, nmpklah sorg mamat hensem di seberang sana.. aceceh~ dia tgu girlfriend die kowt.. OK STOPP!then.. ble diorg dah smpy, kitorg pun gerak menuju ke stesen MONORAIL pulak. mahu pergi ke TIMES SQUARE. tempat bdak2 belia remaja selalu melepak. ok.. then kitorang pergilah maen bowling pulak. xtvt biase ble hangout. aku mmg suck mse maen! hahaha,, mne x nye.. bola asyik masuk longkang je.. =p helmi mmg pro la! byk kali strike.. after that kitorg pun pergilah maen ARCHERY apulak.. aceceh~ macam pandai maen.. sje nk cube2.. and... haha, aku mmg x pernah lah maen benda alah ni.. tp aku bangga dengan diri aku sendiri sbb aku ada gak la yg masuk dlm target tuh... hehehe
dah hbes maen confirm la lapar.. si YazidBoestami membawa kami makan di SUBWAY. apekebenda makanan yg diorg jual pun aku xtw.. so, aku mkn je lah ape yg ade... yazid yg orderkan semuanye.. aku mkn jer.. hehe
yg penting dpt makan... sedap jugak lah~ first time kot aku mkn kat ctu... slame nih tgk dari luar je... teringin jugak... hehe..
lps makan, solat zohor kejap. then, SHOPPING TIME! haha.. mencari2 brg yg tidak penting untuk dibeli.. pastu g PAVILION kejap. xde keje.. lalu lah ikut LOT10, SUNGEI WANG plaza, ape lagi? ntah la.. aku pun da x ingat.. smpy2 je kat pavi, haha..sesi fotografi! yelah.. org first time pegi kL la katekan... ngeee~ =p then, balik semula ke TS. aku bli patung domo kun yg besar utk adik aku n handbag utk aku! haha.. sje2 jer.. org banyak duit~ hehe.. ni lah patung domo yg aku kate tuh..



oklah.. mesti korg dah bosan kan bce blog aku yg sangat hambar nih.. xpe.. nntikan episod 2. hehe~

Friday, February 25, 2011

pohon semalu VS kaum wanita

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

teknik blur..







Friday, February 18, 2011

bincang2 committe.. aceceh*

aku baru balik dari Rawang tadi..
penat owh.. padahal bukannye buat ape2 pun..
hurm....
adlah sikit perbincangan mengenai program GRAND DINNER
ha.. budak2 sekolah SKSB semangat nak buat.. mmg bagus plan diorg tuh... dpt jumpe kawan2 lame.. aceceh.. mcm da lame sangat jer x jumpe..
wei, 5 tahun kowt! laen la kalo semua skola kat Rawang.. tp bdak2 SKSB semua bijak bestari.. so mmg rmai la dpt boarding school.. n aku salah seorg.. ceh.... buat ape aku bgtw kn? mesti korg semua dah tahu.. huhu
erm... aku dilantik menjadi bendahari untuk program ni.. ha! mmg knge la kalo korang x bayar duit.. aku cari sampai ke lubang cacing.. naseb korang la...
haha.. plan mmg GEMPAK! harap2 dapat la semua datang..
then.. lps da bncg2.. ktorg gerak ke Parkson.. jln2 cuci mate... ngee~
borak2 ngan Sharifah smpai x ingt dunia.. imbau kenangan lame.. hehe.. ingt zaman skola rendah dlu.. punye lah nakal aku nih.. haha.. mcm2 kenangan kat skola tuh.. best2..

Thursday, February 10, 2011

kuasa Tuhan

bismilahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wbt.

hari ini aku nk kongsi satu cerita yang benar2 terjadi kepada diri aku sendiri.
cerita ini bermula pada petang tadi..
lbey kurang dalam pukul 3 ptg.
tgh syok2 main townsville.. tetibe je blackout.
ingtkan rumah ak je.. rupe2ye.. satu taman perumahan ni..
aku duk umah sorang2.. mak abah pergi kerja.. adik2 pergi sekolah.
so...
ble da blackout mesti la panas kan? ye la.. kipas x jln..
kebetulan pulak.. mse tuh tengah panas terik.
sabar je lah dengan ujian Tuhan ini..
ble da xtw nk buat ape2.. mate mula la terasa berat..
nk tidor la kejap..
bru je nk lelap mate.. cine rumah depan lak memekak..
gelak kuat2 sampai boleh dgr satu taman..
sabar je lah.. ujian lg...
dah la kat luar panas.. dlama hati pun tgh panas mase tuh..
sampai la disaat kemuncaknye.. bile mak tepon petang tu..
mak suruh msak sayur ngn goreng ikan..
lagi la bertambah panas.. ye la.. dah la x ley tido..
disuruh pulak buat kerja.
mmg susah la.. dan terlepas la kate2 yang x sepatutnye..
jgn fikir bukan2 ye.. bukan kate2 makian..
just sedikit pemberontakan... x seteruk pemberontakan kat mesir tu lg..
last2 aku pun try la nk tdo lg.. ye la.. mate da berat sgt..
so aku amik la mp3 kat dlm bilik..
mule2 dgr lagu ape tah.. x ingat..
next lgu adalah surah yassin.
sayu jer dgr alunan surah ni...
agak jarang jugak aku nak membaca yassin kat umah. seminggu sekali jer.. terukkan?
aku pun menghayati la surah tu sampy tertido..
bgn2 jer.. aku dpt rse yg keadaan sekeliling n badan aku sejuk dler..
x ingt la menggigil ke x.. tp mmg sejuk la..
padahal kalo kite tido dlm kelas yg kipas laju gler pun bley panas kan?
ha.. inilah yang dinamakan kuasa Tuhan.
berkat aku menghayati surah yassin tu.. aku x rse panas langsung mse tido..
alhamdulillah...
dan ptg tuh aku msak semuanya..
alhamdulillah Tuhan bukak pintu hati aku untuk masak.
lgpun mak aku balik kerja pukul 7.
nseb baik da siap masak...
dan akhirnya pd jam 8++ mlm ada da blek elektrik..
boley la aku online seperti biase..
sekali lagi Alhamdulillah...

Friday, January 28, 2011

Peringatan Bagi Yang Lupa

bismillahirrahmanirrahim~

hari ni saya nak kongsi satu ilmu kepada semua..

untuk mengingatkan diri saya sendiri serta anda semua..



Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Katakanlah: ‘Marilah kubacakan apa yang diharamkan ke atas kamu oleh Tuhanmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua ibubapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahu pun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar’. Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami(nya).”


class="MsoNormal">

Nabi saw bersabda, maksudnya:

“Apabila lalat masuk ke dalam minuman seseorang kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat.”

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari)


Nabi saw bersabda, maksudnya:

“Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seseorang yang tawaduk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah naikkan darjatnya.”

(Hadis Sahih Riwayat Muslim)


Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari Kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas. Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah turunkan bersama mereka kitab-kitab dengan benar, untuk memberikan keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang kitab-kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab-kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki di antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.”

(Surah Al-Baqarah: ayat 212-213)