Tuesday, July 3, 2012

JAGALAH HATI

assalamualaikum~

lama sungguh afaz tak update blog nih.. maaf ye kawan2.. afaz sibuk dengan kawan baru. iaitu.. si burung biru aka twitter. okie dokie.. dah lebih sebulan rasanya x bukak blog ni. nak cerita apa pun tak pasti..

antum pernah x jatuh sakit? mesti ada yang jawab, 'mana ada manusia yang x pernah sakit..' tipu lah kalau sihat je memanjang.. iya itu betul... sakit itu pun rahmat jugak tau sebenarnya.. org2 ada jugak cakap. sakit ni penghapus dosa.. x gitu? wallahu'alam.. sakit ni tanda Allah nak uji kita. sejauh mana tahap kesabaran kita menahan sakit pada jasad pinjamanNYA ini.. sejauh mana usaha, ikhtiar kita mencari penawar utk sembuhkan penyakit. dan semua itu kalau kena pada tempatnya akan dibalas ganjarannya oleh Allah.

tapi, macam mana pula kalau hati pula yang sakit? sakit hati ni puncanya macam2.. fail test.. kena marah dgn bos.. kne bebel dgn mak ayah.. kawan2 main tikam belakang.. x dapat 4flat.. lecturer marah.. handset hilang.. duit hilang.. kertas kerja x diterima.. etc.. mmg banyak la kalau nk list kan dalam ni.. kannn..

kalau jasad kita ni, nk make sure sihat sentiasa.. ada yg ambil supplement. exercise dsb..
tapi kalau hati ni macam mana pulak? haaaa.. inilah peranan IMAN. IMAN lah yg akan menjaga hati2 manusia ini.. mana nk dapat IMAN yg mantop? kena lah sentiasa dekatkan diri kepadaNYA.. hati yang cenderung kepadaNYA insyaallah akan sentiasa terpelihara.
"macam mana nk dekat dgn DIA? kita bukannya nmpk DIA" sahabat, ingatlah.. walaupun kita x nmpk DIA, tetapi DIA sentiasa perhatikan kita. in fact, DIA sebenarnya dekat sgt dgn kita..  cuma kita saja yg selalu lupa. lalai. leka dgn nikmat dunia.. hati itu perlu dirawat dengan sentiasa zikrullah kepadaNYA. kerana apa DIA dtgkn kesakitan kepada kita? kerana ALLAH tidak mahu kita terus hanyut dengan permainan dunia. kerana ALLAH sayangkan kita sangat2.. insyaallah.. sentiasalah perbaiki rohani agar cenderung kepadaNYA tetapi tidak meninggalkan dunia terus.

" hati itu kadangkala perlu jua diketuk dengan ujian agar terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada kesukaan malah juga kesakitan."