Tuesday, July 9, 2013

1 Ramadhan 1434H

bismillah~

akhirnya.. ramadhan tiba lagi! dah lama kita tunggu kaaann. cepat2 pegi kemas rumah. bukak pintu luas2.. bentang red carpet.. tetamu kehormat kita dah nak datang! nanti maghrib 'dia' datang. ya Allah excitednya nak sambut tetamu ni! Dah 11 bulan 'dia' tinggalkan kita. kali ini 'dia' datang membawa seribu satu rahmat yang tak terkira banyaknyaaaaa..

moga dengan kedatangan ramadhan kali ni mampu memberi impak positif dalam diri ini. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga. bukan nak berbuka puasa dekat hotel sana sini makan buffet semata.. tetapi juga menahan nafsu dan insyaallah menghindari maksiat. Jangan puasa je tp satu hari tido. Xde makna lah puasa kalau macam tu. Jangan puasa tp x solat. haaa..

bulan ramadhan ni lah kita nk rebut peluang kebaikan yang ada. nak cover balik 11 bulan yg lalu.. ambik peluang bulan ni berzikir, bertadarus al-quran, bertadabbur al-quran, solat terawih.. haa.. ni lagi satu keistimewaan bulan Ramadhan. ada solat terawih tau! bulan lain xde.. special kan ramadhan?

rugi lah kalau x manfaatkan bulan ramadhan ni.. ishh ishhh ishh..
maybe antum dah boleh buat checklist ramadhan. baru lah strategik sikit bulan ramadhan ni kan. Insyaallah~

moga Allah redha.