Saturday, December 31, 2011

farewell 2011~ welcome 2012!

assalamualaikum kaliannnn...

tik tok tik tok~ masa yang berlalu semakin meninggalkan kita..
sedar x sedar.. tahun 2011 sudah sampai ke penghujungnya. ok. cuba pejam mata.. tarik nafas dalam2.. ingat balik apa yang kita dah buat sepanjang tahun 2011. Banyak buat baik, kebajikan dan sebagainya or banyak buat perkara yg x sepatutnya dilakukan sebagai seorang muslim?  sudah terlaksana kah azam 2011 kita?whatever u have done before, take it as a lesson n never repeat the same thing. LET BY GONE BE BY GONE.

untuk tahun 2012 ni.. pastikan kita perbaharui azam kita dan berusaha untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin. jangan buat azam berderet-deret tapi langsung x buat.. kan rugi tu..

afaz nak share ilmu yang afaz baru peroleh..

ALLAH berfirman,



dan janganlah sesekali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "aku pasti akan melakukannya esok pagi"


kecuali dengan mengatakan "InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah "mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini.
(Al-Kahfi : 23-24)

maksud daripada petikan ayat al-quran ini mengikut fahaman afaz adalah, kita tidak berkuasa untuk menentukan apa yang akan dilakukan selepas ini, kecuali dengan izin ALLAH. ALLAH yang berkuasa menentukan segala-galanya. sepertimana petikan menyatakan manusia merancang dan ALLAH jua merancang. dan sebaik-baik perancangan ialah perancangan ALLAH.

see.. betapa hebatnya ALLAH. allahuakbar.. berdasarkan ayat ni jugak, kita x seharusnya bertangguh. ustaz afaz ada berkata.. " hari semalam bukan hari kita. hari esok juga bukan hari kita. tapi hari ini adalah hari kita. jadi, buatlah yang terbaik pada hari ini."  

kita x tahu bila ajal kita. bila- bila masa saja malaikat maut boleh mencabut nyawa kita.. jadi, jangan bertangguh lagi untuk bertaubat. selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, insyaallah taubat kita akan diterima. 

jadikan tahun 2012 ni tahun yang terbaik untuk kita. kejarlah ilmu dunia dan akhirat..






p/s: pesanan buat antum dan diri afaz sendiri.. =)


No comments:

Post a Comment