Monday, February 20, 2017

2017

I guess i only write once in two years. Can i? 2016 have been a very hectic year for me. Final year as a masters student is not an easy task. Especially coursework program. Get into classes and do assignments is a must to pass. Not to forget the thesis and viva. I would like to tell more about my masters in business economics in uitm Shah Alam but in the next post maybe. Till then, good night.

Tuesday, May 26, 2015

Ohoi tesis 😖

Perah otak betul nak buat tesis ni weiii.. Dalam masa 4 bulan je pulak tu. kalau masters pun amik masa 2 tahun. Ni dengan intern lagi, waktu dgn family lagi, tgh sibuk2 ni nak ngadap tesis.. Memang kelaut lah citer dia. Pasal ekonomi pulak. Kalau melibatkan satisfaction employee ke community ke.. Boleh la nk kelentong lagi. Tp kalau bab ekonomi, dapat pulak examiner yg passion dia kat econs.. Mmg kena sedia facts je lah. Berani nk kelentong.. Masak lah time viva nnt. Sejujurnya.. Buat tesis masa praktikal sangat x praktikal. Mana taknya.. Kau mestilah terikat dengan tanggungjawab sbg student praktikal kat ofis kau tu. kena la buat kerja ofis. Kalau buat tesis mmg mintak maki la cter dia. Aku dah kena dah. Sekali tu kerja xda. Aku gunakan masa tu buat tesis. Sekali bos hambur aku cakap aku ponteng x buat kerja. Hah sudah. Mmg salah aku lah jugak sbb buat masa tu. tp dah mmg xde kerja masa tu. org yg sepatutnya bagi aku kerja x bagi.. Kalau aku melangut mau kena tendang keluar ofis gamaknya. Bukannya aku main facebook ke, tgk youtube ke.. Mcm sesetengah staf lain selalu buat. Disebabkan dia x bagi aku buat tesis.. Terbengkalai lah tesis aku selama 3 minggu. Naya wehh due date dah dekat. Sekarang baru nk pulun. Lagi 5 hari kena hantar draft. Bagi aku masa siapkan tesis dlu. Nnt dah siap aku share dgn korg.

Thursday, September 12, 2013

new chapter

bismillah

alhamdulillah masih diberi peluang menghirup udara segar di bumi Tuhan ini. Ya Allah, tiada dapat kami hinggakan puji-pujian selain keatas Mu ya Allah. Engkau Maha Agung lagi Maha Besar. Engkau menciptakan langit dan bumi dan seluruh seisinya. syukur ya Allah..

Masa terasa pantas berlalu. Sudah hampir seminggu berada di Kedah. Menyambung perjuangan yang belum selesai. Aku bukanlah mujahid yang berjuang mengangkat senjata apatah lagi melawan pihak musuh sebagaimana yang dialami saudara2 seislamku di sana. Ya, sana yang aku maksudkan adalah Mesir, Syria, Palestin, Somalia, dan juga Rohingya.

Perjuanganku di Kedah ini adalah sebagai penuntut. Aku masih lagi menuntut ilmu Tuhan yang maha luas. Semester ini merupakan semester baru bagiku. Saat ini aku mungkin sudah boleh bergelar 'senior'. Sudah masuk tahun kedua aku disini, menjadi student Business Economics bukanlah mudah. Jangan ingat Medic Dentist jer susah. Setiapnya ada kesusahan tersendiri. Cuma bagaimana kita mengatasi itu yang membezakan sesuatu itu mudah atau susah.

Suasana di Kedah sungguh berbeza dengan Kuala Lumpur. Tiada bangunan tinggi2 mencakar langit, tiada monorail, tiada shopping mall yang gah seperti pavilion dan sebagainya. Tetapi Kedah ada tarikannya tersendiri. X percaya? Kedah ada sawah yang terbentang luas. saujana mata memandang. Seriously kalau nakkan ketenangan, pergi je kat Sawah padi tu.. Pemandangan kehijauan tu... sungguh.. Allah lah sebaik-baik pencipta. subhanallah..

akhir kata, selamat datang ke Kedah wahai freshies.  
wassalam. 

Tuesday, July 9, 2013

1 Ramadhan 1434H

bismillah~

akhirnya.. ramadhan tiba lagi! dah lama kita tunggu kaaann. cepat2 pegi kemas rumah. bukak pintu luas2.. bentang red carpet.. tetamu kehormat kita dah nak datang! nanti maghrib 'dia' datang. ya Allah excitednya nak sambut tetamu ni! Dah 11 bulan 'dia' tinggalkan kita. kali ini 'dia' datang membawa seribu satu rahmat yang tak terkira banyaknyaaaaa..

moga dengan kedatangan ramadhan kali ni mampu memberi impak positif dalam diri ini. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga. bukan nak berbuka puasa dekat hotel sana sini makan buffet semata.. tetapi juga menahan nafsu dan insyaallah menghindari maksiat. Jangan puasa je tp satu hari tido. Xde makna lah puasa kalau macam tu. Jangan puasa tp x solat. haaa..

bulan ramadhan ni lah kita nk rebut peluang kebaikan yang ada. nak cover balik 11 bulan yg lalu.. ambik peluang bulan ni berzikir, bertadarus al-quran, bertadabbur al-quran, solat terawih.. haa.. ni lagi satu keistimewaan bulan Ramadhan. ada solat terawih tau! bulan lain xde.. special kan ramadhan?

rugi lah kalau x manfaatkan bulan ramadhan ni.. ishh ishhh ishh..
maybe antum dah boleh buat checklist ramadhan. baru lah strategik sikit bulan ramadhan ni kan. Insyaallah~

moga Allah redha.

Wednesday, February 13, 2013

fresh start.

it has been a long time since i've updated my blog. Last time was in August 2012. Berhabuk bersawang bagai dah blog ni.. Lets have a fresh start on this new year. 2013. May we have blast on this amazing year. Insyaallah..

Wednesday, August 1, 2012

random post for B9

assalamualaikum readers~

ape khabar kawan-kawan? mesti la sihat ye dak? kalau x xdan la nk baca blog nih..
entry kali ni khas buat sahabat B9. ooohhh kalau nk cerita pasal B9 ni mmg panjang. banyak nauu kenangan dengan deme ni. haha

ok.. first thing first,
x lama lagi masing2 akan pursue degree pilihan masing2. tahniah kawankawan! selamat berjuang di universiti masing2. acewaaahhh~ hebak2 budok B9 ni.. UKM, UM, UPM, UTM, UMS, UIA, UiTM yg penting... perghh. pandai2 semuanyaaaaa.

ak rasa bertuah sangat dapat kenal dengan korg.. bakal2 doktor, dentist, engineer, pharmacist, statistician, lecturer, scientist and so on. korg mmg awesome! bak kate korean, daebak? eh daebak kan.. hahaha nisa nukman tau la ni..

 yg dapat uitm shah alam tuu.. tiga org cewek2 cun cantik tu.. pino, tatacha n bah jaga diri eh! jgn nak merayap jerr hahaha.. tw la sunway dekat. 
haa fawwaz dpt ukm an.. ngn sasi pulak tu~ uuu jodoh la korg.. hahaha.. tlg tengok2 kan haziqah tau. jgn biar org ngorat dia. kau pun jgn ngade nk ngorat dia! jaga sasi elok2 hahaha
qifly lg untung. depan um je dah midvalley haaa. boleh la slalu dating ngn awek baru.. hewhew
zet, selamat mendaki tangga kebanggaan palam! 
puriee semoga berbahagia dengan rumet thai tersayang.. ;)


ade lagi ke yg x tahu ak amik course ape? sorry ye kawan. bukan xnk bgtw.. ni nak bgtw la ni.. haaa.. sedia
so, i got UiTM KEDAH. BUSINESS ADMINISTRATION MAJOR IN ECONOMY why business? ade x yg nk tanye soalan ni? hahaha
mmg business ni jauh menyimpang dari sains stream. 'apehal tetiba je nk belajar bisnes. elok2 dah belajar sains'. 'kenapa bisnes?' ni soalan2 yg org tanya ble ak bgtw. tu la pasalnya ak diam jer... serabut nk jawab..

Tapi.. ini apa yg ak pilih.. bisnes ok what! Sunnah Nabi SAW.. kalau semua bisnes org cina je nk conquer mmg x kemana la org melayu kan? kalau bukan kita yg menghidupkan sunnah Nabi SAW siapa lagi? *mcm ustazah* Dulu pun ak ada angan2 nk buka bisnes.. so, this is what we call batu loncatanlah ke arah itu. acewahh betul ke x simpulan bahasa tuu.  lagipun.. course2 lain ramai lagi yang hebat2. haa korg2 stdby je.. bila ak bukak company nnt.. ak hire korg.. *berangan lagi*

actually, mula2 ak pun cuak gak nk amik course ni. mcm susah je.. tapi mana ada benda senang kat dunia ni kan.. xde life lah kalau semua nk senang je. kadang2 kena ada cabaran gak. baru namanya kehidupan.

sbnrnya before tulis td mcm byk idea dtg. tp makin lama hilang dahh.. so, end up here lah.
ak rindu korang sangat2! thnx jadi sahabat yg baik kat aku. sorry la selama ni ak x jadi kawan yg baik kat korg. asyik ajar korg buat jahat jerr ;)
aku perlukan support dari korang. seryesly. dah la tercampak sorg2 kat kedah nun. haha nnt cuti sem kita jumpa eh..
yg x dimention dlm ni jgn kecik hati.. kite still ingt kat korg. forever insyaallah.. kalau dah nyanyuk xdapek den nak nolong ha..

love ya~

credit to puriee for this.



gambar x sharp la. tgk kat album korg masing2 je la..


Tuesday, July 3, 2012

JAGALAH HATI

assalamualaikum~

lama sungguh afaz tak update blog nih.. maaf ye kawan2.. afaz sibuk dengan kawan baru. iaitu.. si burung biru aka twitter. okie dokie.. dah lebih sebulan rasanya x bukak blog ni. nak cerita apa pun tak pasti..

antum pernah x jatuh sakit? mesti ada yang jawab, 'mana ada manusia yang x pernah sakit..' tipu lah kalau sihat je memanjang.. iya itu betul... sakit itu pun rahmat jugak tau sebenarnya.. org2 ada jugak cakap. sakit ni penghapus dosa.. x gitu? wallahu'alam.. sakit ni tanda Allah nak uji kita. sejauh mana tahap kesabaran kita menahan sakit pada jasad pinjamanNYA ini.. sejauh mana usaha, ikhtiar kita mencari penawar utk sembuhkan penyakit. dan semua itu kalau kena pada tempatnya akan dibalas ganjarannya oleh Allah.

tapi, macam mana pula kalau hati pula yang sakit? sakit hati ni puncanya macam2.. fail test.. kena marah dgn bos.. kne bebel dgn mak ayah.. kawan2 main tikam belakang.. x dapat 4flat.. lecturer marah.. handset hilang.. duit hilang.. kertas kerja x diterima.. etc.. mmg banyak la kalau nk list kan dalam ni.. kannn..

kalau jasad kita ni, nk make sure sihat sentiasa.. ada yg ambil supplement. exercise dsb..
tapi kalau hati ni macam mana pulak? haaaa.. inilah peranan IMAN. IMAN lah yg akan menjaga hati2 manusia ini.. mana nk dapat IMAN yg mantop? kena lah sentiasa dekatkan diri kepadaNYA.. hati yang cenderung kepadaNYA insyaallah akan sentiasa terpelihara.
"macam mana nk dekat dgn DIA? kita bukannya nmpk DIA" sahabat, ingatlah.. walaupun kita x nmpk DIA, tetapi DIA sentiasa perhatikan kita. in fact, DIA sebenarnya dekat sgt dgn kita..  cuma kita saja yg selalu lupa. lalai. leka dgn nikmat dunia.. hati itu perlu dirawat dengan sentiasa zikrullah kepadaNYA. kerana apa DIA dtgkn kesakitan kepada kita? kerana ALLAH tidak mahu kita terus hanyut dengan permainan dunia. kerana ALLAH sayangkan kita sangat2.. insyaallah.. sentiasalah perbaiki rohani agar cenderung kepadaNYA tetapi tidak meninggalkan dunia terus.

" hati itu kadangkala perlu jua diketuk dengan ujian agar terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada kesukaan malah juga kesakitan."




Tuesday, May 22, 2012

dunia di tangan, bukan di hati

assalamualaikum readers
bismillahirrahmanirrahim~




'Dunia di tangan, bukan di hati'. Selayaknya dunia itu terletak ditangan. bukan dihati. kerana di hati setiap mukmin itu pastinya telah dipenuhi oleh ukhrawi. Bolehkah kita buat dua perkara dalam satu masa? susah bukan? begitulah juga hati kita. Penuhi hati kita dengan zikrullah, majlis2 ilmu, amal-amal soleh... dan seumpamanya. barulah hati menjadi tenang.. Bukan afaz bermaksud nak suruh kalian tinggalkan dunia, tidak sama sekali! Bahkan, tidak dinafikan bahawa dunia ini juga membantu kita ke arah ukhrawi. TETAPI,, jangan meletakkan cinta kepada dunia melebihi cinta kepada akhirat. of course semua orang dah tahu kan?

Nabi Muhammad SAW bersabda. 'akan datang suatu zaman nanti, semua manusia bersikap wahan'. Para sahabat bertanya, apakah sikap wahan itu, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab, 'Wahan itu adalah cintakan dunia, takutkan mati.' Rata-rata umat sekarang itulah realitinya. terlalu mengejar kekayaan.. kejayaan.. pangkat, harta dan sebagainya.

sedangkan, apabila ajal telah tiba, semuanya itu akan ditinggalkan. yang dibawa sebagai bekalan hanyalah amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang dimanfaatkan. sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW, 'setelah mati seorang anak adam, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, iaitu amal jariah, doa anak soleh yang mendoakannya dan ilmu yang bermanfaat yang dimanfaatkan.'

tidak salah untuk kita mengejar kekayaan, kejayaan didunia ini asalkan kekayaan itu kemudiannya disalurkan ke arah yang baik. bersedekah contohnya. yang salah apabila kekayaan yang dimiliki itu digunakan untuk bermegah-megah. "akulah orang paling kaya.. semua dalam dunia ni aku boleh beli.." contoh sahaja... x kait sesiapa pun.. cuba kita lihat balik, semua dalam dunia ini bukan milik kita. semuanya milik Allah. Allah Maha Kaya.  apa yang kita ada ini hanyalah pinjaman daripadaNya. jasad kita jua pinjaman daripada Ilahi. sampai masanya, diambil oleh Allah. jadi, x perlu lah rasanya kalau nak berbangga lebih-lebih kan?
sama-samalah kita mengambil pengajaran.

*pesanan buat diri sendiri dan sahabat~
sekian, wassalam.  (^.^)



Saturday, May 19, 2012

jangan pandang rendah

assalamualaikum readers~
bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah Allah telah memberi ilham kepada afaz untuk menulis entry berkenaan jangan pandah rendah terhadap orang lain. Sebagai manusia, kita tidak lari daripada membuat silap. TETAPI, kita boleh elak daripada melakukan kesilapan. Caranya bagaimana? mudah sahaja.. kembali kepada yang Esa. kerana Dia tidak pernah silap dalam menguruskan makhlukNya.

pernah tak anda lihat seseorang, yang pada pandangan anda.. 'eleh budak ni, macam bagus je..'
ataupun  'muka je cantik.. tapi perangaiiii nauzubillah'
ataupun  'hish..  ilmu macam banyak je nak nasihat orang. padahal sekolah biase je'


haaa... perkara macam ni lah yang Allah tak suka. seolah-olah kita berburuk sangka. sedangkan kita sangat sangat dituntut untuk berbaik sangka (husnuzon).

Jangan sesekali kita memandang rendah terhadap orang lain. sebab, tak mustahil suatu hari nanti, orang itulah yang akan menjadi lebih hebat daripada kita. yang mana dulunya kita kata dia lah yang paling jahil, tak mustahil dia boleh menjadi paling warak. Siap berniqab bagai..  Hidayah Tuhan kita tak tahu. kalau Tuhan nak bagi, Dia akan bagi. sebab itu Hidayah milik Allah. tak ada sesiapa yang mampu mengubah orang lain menjadi lebih baik sekiranya hidayah Allah masih tak sampai kepadanya. apa yang boleh kita lakukan adalah menasihatinya agar lembut hatinya dan itu dianggap usaha kita membantu agama Allah. banyak pahala bagi orang yang membantu agama Allah ni tau anak-anak.

back to the story..ok, kalau kita pandang seseorang tu dari segi rupa, tak mustahil suatu hari nanti dia akan jadi lebih hensem/cantik. memang lah sekarang ni rupa dia tak hensem/cantik sebab masih budak hingusan lagi.. hehe nanti bila dah besar, pandai lah jaga penampilan tu..

lagi satu, kalau anda rasa dalam kelas anda tu, ada budak yang paling bodoh kurang cerdik, tak mustahil suatu hari nanti dialah yang akan menggegar dunia dengan ilmu dan kebolehan yang dia ada. manalah tahu kot-kot dia jadi perdana menteri ke, prof ke, ape-ape lagilah pangkat tinggi-tinggi tu. Kita yang 'pandai' sangat ni kononya hanya jadi kuli kepada mereka. Macam Bill Gates yang dropped universiti sbb x pandai, last2 dia jadi org paling kaya. kawan-kawan dia yang dulu lebih pandai jadi pekerja dia pulak.

sebab itu jangan pernah kita pandang rendah kat orang lain. sebab kita tak tahu nasib kita selepas ini. baik ke, buruk ke, nasib mereka pun kita tak tahu.. kita hanyalah hamba Allah yang hina. tiada hak untuk kita menilai orang lain. hanya Allah sahaja yang berhak.

sekian sahaja penulisan saya yang khilaf ini..

Friday, May 18, 2012

impian -episod 2-

6 MEI 2020

kelihatan haziqah sedang duduk seorang diri di balkoni rumahnya  sambil termenung. Di tangannya terpegang rapi sekeping gambar lama semasa dia sedang menuntut di Uitm. kira-kira 8 tahun lalu. Dia mengelamun teringatkan masa silamnya saat menjadi kanak-kanak ribena walaupun hakikatnya dah besar dan selayaknya digelar mak orang.

2 JANUARI 2012
suatu malam yang sejuk dan nyaman. pelajar2 asasi uitm sedang sibuk study. di satu bilik, kelihatannya Afiqah sedang tekun membuat kerja sambil roommate nya, Ayu  melayan perasaan dengan buku chemistry. 

haziqah :  Apitahh! Buat ape tuuu?

Afiqah  : Tutorial Math ni haa.. dah siap?? nak pinjaaaaaaaamm~ heheeee ^^V

Haziqah : belumlah.. baru buat sikit. hehe..

Afiqah  : habis tu buat ape sekarang? online ke?

buat baik dibalas baik

assalamualaikum semua...


ape perkara yang terbaik kita buat hari ini? tolong orang? or lebih spesifik lg tolong mak ayah? adik beradik? hari ni afaz nk kongsi satu cerita menarik. tapi bukan afaz yang karang. cuma translate post afaz before this.. 'kindness surely pays back' . ok.. we start now.




pada suatu masa dahulu, di suatu perkampungan kecil di Pakistan, ada seorang budak bernama Hassan yang tinggal bersama keluarganya. kehidupan mereka sangat susah. ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.' Untuk membantu keluarganya, Hassan menjual baku, tali dan barang-barang buatan tangan dari rumah ke rumah. selain digunakan untuk menyara keluarga, duit itu jugalah digunakan untuk membiayai persekolahannya.


suatu hari, ketika matahari terik memancar, Hassan keluar bekerja. disebabkan jualannya tidak mendapat sambutan lagi, dia tiada duit untuk membeli makan tengah hari. dan ketika itu dia terasa sangat lapar. dia membuiat keputusan untuk meminta sedikit makanan dirumah seterusnya. Setibanya di rumah itu, Hassan terkelu melihatkan seorang wanita muda dihadapannya. elok-elok nak minta makanan, Hassan cuma minta air kosong sahaja. Wanita itu kasihan melihat Hassan kelaparan. Oleh itu, dia memberi Hassan segelas susu. Melihatkan itu, Hassan berasa gembira. 'Terima kasih,' kata Hassan perlahan. Hassan minum susu tersebut dengan sopan dan tiba-tiba teringat yang dia sebenarnya tidak mempunyai wang untuk membayar susu itu. Lalu dia bertanya, 'berapa perlu saya bayar untuk susu ini?'


kindness surely pays back







There once was a little boy called Hassan who lived in a small village in Pakistan. Hassan’s family were poor and they just about had enough to make ends meet. To help the family Hassan used to sell baskets, rope and other hand-made items from door-to-door. The money not only helped his family but also paid his way through school. On one of the many hot days in the village, Hassan was out working away, he found his pockets to be empty & he was hungry. It was a blazing hot day & Hassan had another hour or so to go before he got home.

He decided he would ask for a meal at the next house. However, he lost his nerve when a lovely young woman opened the door. Instead of a meal he asked for a drink of water. The young woman, upon seeing the boy thought he looked hungry so she brought him a large glass of milk instead. When Hassan saw the milk, his eyes lit up. “Jazakallah”, he said softly. He drank the milk slowly, and then suddenly remembering he had no money quickly asked, “How much do I owe you?”

“You don’t owe me anything,” the young woman replied. “My mother has taught us never to accept pay for a kindness.” Hassan replied “Then jazakallah & I thank you from my heart.”

Life went on & year’s later that young woman became critically ill. The local doctors were baffled by her illness. So much so they finally sent her to the big city, where they called in a specialist to study her rare disease. The specialist, after a long struggle & an operation helped cure the woman of her ailment. When the hospital tallied up the charges for the treatment, they sent the final bill to the specialist to check. He looked at it, wrote something on the edge and the bill was sent back to be given to the woman.

When the woman, who was recuperating in hospital got the bill, she feared to open it, for she was sure it would take the rest of her life to pay for it all. She cautiously opened the envelope and took out the bill. On the side of the bill was a hand-written note, “Paid in full with one glass of milk.” (Signed) Dr. Hassan Amin. Tears of joy flooded her eyes. Kindness surely pays back. 
the end...


this story is copy paste from islamicthinking for the sake of daawah.  =)

Tuesday, May 8, 2012

impian -episod 1-

4 MEI 2020


di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur. kelihatan seorang doktor yang baru sahaja keluar dari OT. sedang sibuk menyemak detail pesakit sambil berjalan menuju ke biliknya. tanpa disedari, dia terlanggar seorang wanita yang kelihatannya sesat mencari bilik Doktor Farah.

doktor : eh, maafkan saya puan. biaselah... dah busy macam ni, kiri kanan pun x sempat nak tengok.

wanita :  eh.. xpe2. saya memang suka main langgar2 macam ni. erm, saya tengah sesat ni.. ada appointment          
              dengan doktor Farah. tapi dari tadi dok pusing sana pusing sini x jumpa2 jugak..

doktor : (berbisik) suara ni macam pernah dengar jer.. mukanya macam pernah kulihat tapi dimana ya? erm..

wanita :  doktor! dengar x ni.. saya nak cari doktor Farah.. dah lambat ni~ eh.. kejap2 tengok muka sikit..
              lahh  ayu! ayu rupanya... mesti dah tak kenal kita kan? tahulah cantik.. takkan x dapat cam kot?

Sunday, May 6, 2012

cupcakes

assalamualaikum~

baru2 ni afaz try buat cupcakes! saja2 je.. bosan duduk rumah sorang2 kannn...
1st time kot buat... alhamdulillah.. nasib baik menjadi
cuma topping tu je lahh.. afaz ni pun x berapa creative nk hias2 bagai..
nnt makan jugak kan cupcakes tu.. huhuu~

choc topping

5 corak cupcakes

~yummy~


inilah cupcakes yg dibuat~ mcm boleh buka bisnes je lepas ni.. hehe
insyaallah.. 

Monday, April 23, 2012

senyum!

senyum~
x perlu kata apa2...


indahkan senyuman kita? 
x perlulah nk bermasam-masam muka..
x comel~
nnt cepat tua.
xnak kan? xnk kan?
haaaa...
kalau mcm tu.. senyumlah selalu. 
senyum itu kan sedekah. byk pahala kita boleh dapat dengan menunjukkan muka yang manis. 
xyah nk tgu kaya baru nk bersedekah.
kaaaaan?

senyuman kita yg menawan ni pun mampu membuatkan semua orang gembira.


Monday, March 26, 2012

tamat sudah satu chapter kehidupanku..

bismillahhirrahmanirrahim..
assalamualaikum~

beberapa hari lepas afaz baru sahaja checkout dari UiTM PUNCAK ALAM.. yes.. means that i've just finished my foundation year. after 2 sem struggling like hell.. and now.. i'm free for abaout 5 months before pursue to higher level. and of course.. a lot of experiences.. memories between me and this lovely college. masa berlalu terasa sangat cepat.. pejam celik pejam celik dah tamat 2 sem.. x sangka dah naik tangga kejayaan yg macam tangga batu cave tu selama 2 sem.. kental kan kami?? ngeh2...



ok... ape lagi yg kalian nk tahu? 
di sini lah afaz belajar mengenal erti persahabatan. mengenal erti menghargai ilmu. 

sangat sedih utk afaz meninggalkan kawan2 yg afaz kenal kat cni.. my classmates was awesome! they teach me a lot. diorang x pernah kedekut ilmu.. 

yeah.. this is the nerdy side of my classmates. 6 orang lelaki ni je yg ddpt diselamatkan.. yg lain... hurmm

baru duk umah 3 hari.. dah terasa bosan.. kalau selalu biase dengar celoteh2 mereka.. and.. yes.. deme la yg membuatkan teman happy sokmo.. 

nak tgk deme tyme candid? nnt la teman compile kan dlu.. byk bebenor... 

housemates teman?? 
ha.. ni lah deme.. actually ada lg 3.. tp ini je yg ada.. sorg lg jd photographer.  tempat ni la afaz selalu lepak.. tyme2 ada masalah.. mmg tempat ni lah peneman.. view cantik giler! sejuk mata memandang ciptaan Tuhan yg sangat indah ni... 


gambar2 kat bwh ni view dari bilik afaz... cantik kan? 



tamat lah sudah chapter ke berapa belas tah... 
these are the memories that i will never forget. thank you Allah for giving me a chance to go through this journey and meet them. 

so.. to those lepasan spm.. yg masih x tahu nk pilih mana.. cer pilih uitm puncak alam ni.. insyaallah x menyesal.. tempat belajar sangat kondusif.. pembelajaran pun ok. lecturer sangat concerned. what else? make up your mind.  see ya.. 










Monday, March 5, 2012

sekadar perkongsian Keagungan Tuhan



nampak x awan kat atas tu? nampak x apa yang ada pada awan tu? cer perhatikan semula..
haa... nampak kan? ye.. itulah kalimah Allah. gambar ni diambil semasa afaz dalam perjalanan ke Langkawi. kalau x silap afaz, gambar ni mse kat kuala selangor. afaz tgh layan diri sorang2 sedang yang lain tgh tidur.. oh lupa.. tarikhnya 23/2/2012.. lebih kurang pukul 6 petang gitu... cantikkan? Subhanallah.. inilah salah satu bukti kekuasaan Allah. kita boleh tulis nama kat awan? xdapat la derrr.. hehe..

Monday, January 2, 2012

"PERTANDINGAN VIDEO OSEM APG ' 11: [WHAT'S NEXT].flv



assalamualaikum sahabat afaz sekalian...

video kat atas ni kira intro untuk tajuk afaz kali ni..
cuti midsem afaz sudah hampir berakhir.. cepat je kan masa berlalu. x sedar pun dah seminggu afaz beruti. =) perjuangan afaz masih belum selesai.ada banyak lagi cabaran yang perlu afaz tempuh. afaz yakin antum juga begitu kaaaan?

sebagai pelajar, tujuan utama kita belajar adalah untuk mencari ilmu dan mengejar cita-cita kita. cita-cita kita semua hebat2 kan? nak jadi doktor, lawyer, engineer.. dan mcm2 lg. kalau tanya budak2 MRSM, mostly akan jawab nak jadi doktor n engineer lah.

tapi kawan2.. ingatlah yang kita ni belajar untuk menunaikan tanggugjaawab sebagai seorang muslim. NABI MUHAMMAD SAW pernah berkata, "tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad." sedar x sedar, setiap masa kita belajar. pengalaman hiduplah merupakan cikgu yg terbaik sebab melalui pengalaman kita belajar erti hidup.

ikhlaskan niat kita belajar kerana ALLAH. jangan hanya nk mengejar kejayaan dunia, akhirat dilupakan. seimbangkan dunia dan akhirat, kerana apa yang dilakukan didunia ini adalah bekalan untuk ke akhirat.
InsyaAllah.. =)

Saturday, December 31, 2011

farewell 2011~ welcome 2012!

assalamualaikum kaliannnn...

tik tok tik tok~ masa yang berlalu semakin meninggalkan kita..
sedar x sedar.. tahun 2011 sudah sampai ke penghujungnya. ok. cuba pejam mata.. tarik nafas dalam2.. ingat balik apa yang kita dah buat sepanjang tahun 2011. Banyak buat baik, kebajikan dan sebagainya or banyak buat perkara yg x sepatutnya dilakukan sebagai seorang muslim?  sudah terlaksana kah azam 2011 kita?whatever u have done before, take it as a lesson n never repeat the same thing. LET BY GONE BE BY GONE.

untuk tahun 2012 ni.. pastikan kita perbaharui azam kita dan berusaha untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin. jangan buat azam berderet-deret tapi langsung x buat.. kan rugi tu..

afaz nak share ilmu yang afaz baru peroleh..

ALLAH berfirman,



dan janganlah sesekali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "aku pasti akan melakukannya esok pagi"


kecuali dengan mengatakan "InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah "mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini.
(Al-Kahfi : 23-24)

maksud daripada petikan ayat al-quran ini mengikut fahaman afaz adalah, kita tidak berkuasa untuk menentukan apa yang akan dilakukan selepas ini, kecuali dengan izin ALLAH. ALLAH yang berkuasa menentukan segala-galanya. sepertimana petikan menyatakan manusia merancang dan ALLAH jua merancang. dan sebaik-baik perancangan ialah perancangan ALLAH.

see.. betapa hebatnya ALLAH. allahuakbar.. berdasarkan ayat ni jugak, kita x seharusnya bertangguh. ustaz afaz ada berkata.. " hari semalam bukan hari kita. hari esok juga bukan hari kita. tapi hari ini adalah hari kita. jadi, buatlah yang terbaik pada hari ini."  

kita x tahu bila ajal kita. bila- bila masa saja malaikat maut boleh mencabut nyawa kita.. jadi, jangan bertangguh lagi untuk bertaubat. selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, insyaallah taubat kita akan diterima. 

jadikan tahun 2012 ni tahun yang terbaik untuk kita. kejarlah ilmu dunia dan akhirat..






p/s: pesanan buat antum dan diri afaz sendiri.. =)