Tuesday, May 22, 2012

dunia di tangan, bukan di hati

assalamualaikum readers
bismillahirrahmanirrahim~




'Dunia di tangan, bukan di hati'. Selayaknya dunia itu terletak ditangan. bukan dihati. kerana di hati setiap mukmin itu pastinya telah dipenuhi oleh ukhrawi. Bolehkah kita buat dua perkara dalam satu masa? susah bukan? begitulah juga hati kita. Penuhi hati kita dengan zikrullah, majlis2 ilmu, amal-amal soleh... dan seumpamanya. barulah hati menjadi tenang.. Bukan afaz bermaksud nak suruh kalian tinggalkan dunia, tidak sama sekali! Bahkan, tidak dinafikan bahawa dunia ini juga membantu kita ke arah ukhrawi. TETAPI,, jangan meletakkan cinta kepada dunia melebihi cinta kepada akhirat. of course semua orang dah tahu kan?

Nabi Muhammad SAW bersabda. 'akan datang suatu zaman nanti, semua manusia bersikap wahan'. Para sahabat bertanya, apakah sikap wahan itu, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab, 'Wahan itu adalah cintakan dunia, takutkan mati.' Rata-rata umat sekarang itulah realitinya. terlalu mengejar kekayaan.. kejayaan.. pangkat, harta dan sebagainya.

sedangkan, apabila ajal telah tiba, semuanya itu akan ditinggalkan. yang dibawa sebagai bekalan hanyalah amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang dimanfaatkan. sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW, 'setelah mati seorang anak adam, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, iaitu amal jariah, doa anak soleh yang mendoakannya dan ilmu yang bermanfaat yang dimanfaatkan.'

tidak salah untuk kita mengejar kekayaan, kejayaan didunia ini asalkan kekayaan itu kemudiannya disalurkan ke arah yang baik. bersedekah contohnya. yang salah apabila kekayaan yang dimiliki itu digunakan untuk bermegah-megah. "akulah orang paling kaya.. semua dalam dunia ni aku boleh beli.." contoh sahaja... x kait sesiapa pun.. cuba kita lihat balik, semua dalam dunia ini bukan milik kita. semuanya milik Allah. Allah Maha Kaya.  apa yang kita ada ini hanyalah pinjaman daripadaNya. jasad kita jua pinjaman daripada Ilahi. sampai masanya, diambil oleh Allah. jadi, x perlu lah rasanya kalau nak berbangga lebih-lebih kan?
sama-samalah kita mengambil pengajaran.

*pesanan buat diri sendiri dan sahabat~
sekian, wassalam.  (^.^)



Saturday, May 19, 2012

jangan pandang rendah

assalamualaikum readers~
bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah Allah telah memberi ilham kepada afaz untuk menulis entry berkenaan jangan pandah rendah terhadap orang lain. Sebagai manusia, kita tidak lari daripada membuat silap. TETAPI, kita boleh elak daripada melakukan kesilapan. Caranya bagaimana? mudah sahaja.. kembali kepada yang Esa. kerana Dia tidak pernah silap dalam menguruskan makhlukNya.

pernah tak anda lihat seseorang, yang pada pandangan anda.. 'eleh budak ni, macam bagus je..'
ataupun  'muka je cantik.. tapi perangaiiii nauzubillah'
ataupun  'hish..  ilmu macam banyak je nak nasihat orang. padahal sekolah biase je'


haaa... perkara macam ni lah yang Allah tak suka. seolah-olah kita berburuk sangka. sedangkan kita sangat sangat dituntut untuk berbaik sangka (husnuzon).

Jangan sesekali kita memandang rendah terhadap orang lain. sebab, tak mustahil suatu hari nanti, orang itulah yang akan menjadi lebih hebat daripada kita. yang mana dulunya kita kata dia lah yang paling jahil, tak mustahil dia boleh menjadi paling warak. Siap berniqab bagai..  Hidayah Tuhan kita tak tahu. kalau Tuhan nak bagi, Dia akan bagi. sebab itu Hidayah milik Allah. tak ada sesiapa yang mampu mengubah orang lain menjadi lebih baik sekiranya hidayah Allah masih tak sampai kepadanya. apa yang boleh kita lakukan adalah menasihatinya agar lembut hatinya dan itu dianggap usaha kita membantu agama Allah. banyak pahala bagi orang yang membantu agama Allah ni tau anak-anak.

back to the story..ok, kalau kita pandang seseorang tu dari segi rupa, tak mustahil suatu hari nanti dia akan jadi lebih hensem/cantik. memang lah sekarang ni rupa dia tak hensem/cantik sebab masih budak hingusan lagi.. hehe nanti bila dah besar, pandai lah jaga penampilan tu..

lagi satu, kalau anda rasa dalam kelas anda tu, ada budak yang paling bodoh kurang cerdik, tak mustahil suatu hari nanti dialah yang akan menggegar dunia dengan ilmu dan kebolehan yang dia ada. manalah tahu kot-kot dia jadi perdana menteri ke, prof ke, ape-ape lagilah pangkat tinggi-tinggi tu. Kita yang 'pandai' sangat ni kononya hanya jadi kuli kepada mereka. Macam Bill Gates yang dropped universiti sbb x pandai, last2 dia jadi org paling kaya. kawan-kawan dia yang dulu lebih pandai jadi pekerja dia pulak.

sebab itu jangan pernah kita pandang rendah kat orang lain. sebab kita tak tahu nasib kita selepas ini. baik ke, buruk ke, nasib mereka pun kita tak tahu.. kita hanyalah hamba Allah yang hina. tiada hak untuk kita menilai orang lain. hanya Allah sahaja yang berhak.

sekian sahaja penulisan saya yang khilaf ini..

Friday, May 18, 2012

impian -episod 2-

6 MEI 2020

kelihatan haziqah sedang duduk seorang diri di balkoni rumahnya  sambil termenung. Di tangannya terpegang rapi sekeping gambar lama semasa dia sedang menuntut di Uitm. kira-kira 8 tahun lalu. Dia mengelamun teringatkan masa silamnya saat menjadi kanak-kanak ribena walaupun hakikatnya dah besar dan selayaknya digelar mak orang.

2 JANUARI 2012
suatu malam yang sejuk dan nyaman. pelajar2 asasi uitm sedang sibuk study. di satu bilik, kelihatannya Afiqah sedang tekun membuat kerja sambil roommate nya, Ayu  melayan perasaan dengan buku chemistry. 

haziqah :  Apitahh! Buat ape tuuu?

Afiqah  : Tutorial Math ni haa.. dah siap?? nak pinjaaaaaaaamm~ heheeee ^^V

Haziqah : belumlah.. baru buat sikit. hehe..

Afiqah  : habis tu buat ape sekarang? online ke?