Thursday, September 12, 2013

new chapter

bismillah

alhamdulillah masih diberi peluang menghirup udara segar di bumi Tuhan ini. Ya Allah, tiada dapat kami hinggakan puji-pujian selain keatas Mu ya Allah. Engkau Maha Agung lagi Maha Besar. Engkau menciptakan langit dan bumi dan seluruh seisinya. syukur ya Allah..

Masa terasa pantas berlalu. Sudah hampir seminggu berada di Kedah. Menyambung perjuangan yang belum selesai. Aku bukanlah mujahid yang berjuang mengangkat senjata apatah lagi melawan pihak musuh sebagaimana yang dialami saudara2 seislamku di sana. Ya, sana yang aku maksudkan adalah Mesir, Syria, Palestin, Somalia, dan juga Rohingya.

Perjuanganku di Kedah ini adalah sebagai penuntut. Aku masih lagi menuntut ilmu Tuhan yang maha luas. Semester ini merupakan semester baru bagiku. Saat ini aku mungkin sudah boleh bergelar 'senior'. Sudah masuk tahun kedua aku disini, menjadi student Business Economics bukanlah mudah. Jangan ingat Medic Dentist jer susah. Setiapnya ada kesusahan tersendiri. Cuma bagaimana kita mengatasi itu yang membezakan sesuatu itu mudah atau susah.

Suasana di Kedah sungguh berbeza dengan Kuala Lumpur. Tiada bangunan tinggi2 mencakar langit, tiada monorail, tiada shopping mall yang gah seperti pavilion dan sebagainya. Tetapi Kedah ada tarikannya tersendiri. X percaya? Kedah ada sawah yang terbentang luas. saujana mata memandang. Seriously kalau nakkan ketenangan, pergi je kat Sawah padi tu.. Pemandangan kehijauan tu... sungguh.. Allah lah sebaik-baik pencipta. subhanallah..

akhir kata, selamat datang ke Kedah wahai freshies.  
wassalam. 

No comments:

Post a Comment