Tuesday, May 22, 2012

dunia di tangan, bukan di hati

assalamualaikum readers
bismillahirrahmanirrahim~




'Dunia di tangan, bukan di hati'. Selayaknya dunia itu terletak ditangan. bukan dihati. kerana di hati setiap mukmin itu pastinya telah dipenuhi oleh ukhrawi. Bolehkah kita buat dua perkara dalam satu masa? susah bukan? begitulah juga hati kita. Penuhi hati kita dengan zikrullah, majlis2 ilmu, amal-amal soleh... dan seumpamanya. barulah hati menjadi tenang.. Bukan afaz bermaksud nak suruh kalian tinggalkan dunia, tidak sama sekali! Bahkan, tidak dinafikan bahawa dunia ini juga membantu kita ke arah ukhrawi. TETAPI,, jangan meletakkan cinta kepada dunia melebihi cinta kepada akhirat. of course semua orang dah tahu kan?

Nabi Muhammad SAW bersabda. 'akan datang suatu zaman nanti, semua manusia bersikap wahan'. Para sahabat bertanya, apakah sikap wahan itu, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab, 'Wahan itu adalah cintakan dunia, takutkan mati.' Rata-rata umat sekarang itulah realitinya. terlalu mengejar kekayaan.. kejayaan.. pangkat, harta dan sebagainya.

sedangkan, apabila ajal telah tiba, semuanya itu akan ditinggalkan. yang dibawa sebagai bekalan hanyalah amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang dimanfaatkan. sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW, 'setelah mati seorang anak adam, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, iaitu amal jariah, doa anak soleh yang mendoakannya dan ilmu yang bermanfaat yang dimanfaatkan.'

tidak salah untuk kita mengejar kekayaan, kejayaan didunia ini asalkan kekayaan itu kemudiannya disalurkan ke arah yang baik. bersedekah contohnya. yang salah apabila kekayaan yang dimiliki itu digunakan untuk bermegah-megah. "akulah orang paling kaya.. semua dalam dunia ni aku boleh beli.." contoh sahaja... x kait sesiapa pun.. cuba kita lihat balik, semua dalam dunia ini bukan milik kita. semuanya milik Allah. Allah Maha Kaya.  apa yang kita ada ini hanyalah pinjaman daripadaNya. jasad kita jua pinjaman daripada Ilahi. sampai masanya, diambil oleh Allah. jadi, x perlu lah rasanya kalau nak berbangga lebih-lebih kan?
sama-samalah kita mengambil pengajaran.

*pesanan buat diri sendiri dan sahabat~
sekian, wassalam.  (^.^)



Saturday, May 19, 2012

jangan pandang rendah

assalamualaikum readers~
bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah Allah telah memberi ilham kepada afaz untuk menulis entry berkenaan jangan pandah rendah terhadap orang lain. Sebagai manusia, kita tidak lari daripada membuat silap. TETAPI, kita boleh elak daripada melakukan kesilapan. Caranya bagaimana? mudah sahaja.. kembali kepada yang Esa. kerana Dia tidak pernah silap dalam menguruskan makhlukNya.

pernah tak anda lihat seseorang, yang pada pandangan anda.. 'eleh budak ni, macam bagus je..'
ataupun  'muka je cantik.. tapi perangaiiii nauzubillah'
ataupun  'hish..  ilmu macam banyak je nak nasihat orang. padahal sekolah biase je'


haaa... perkara macam ni lah yang Allah tak suka. seolah-olah kita berburuk sangka. sedangkan kita sangat sangat dituntut untuk berbaik sangka (husnuzon).

Jangan sesekali kita memandang rendah terhadap orang lain. sebab, tak mustahil suatu hari nanti, orang itulah yang akan menjadi lebih hebat daripada kita. yang mana dulunya kita kata dia lah yang paling jahil, tak mustahil dia boleh menjadi paling warak. Siap berniqab bagai..  Hidayah Tuhan kita tak tahu. kalau Tuhan nak bagi, Dia akan bagi. sebab itu Hidayah milik Allah. tak ada sesiapa yang mampu mengubah orang lain menjadi lebih baik sekiranya hidayah Allah masih tak sampai kepadanya. apa yang boleh kita lakukan adalah menasihatinya agar lembut hatinya dan itu dianggap usaha kita membantu agama Allah. banyak pahala bagi orang yang membantu agama Allah ni tau anak-anak.

back to the story..ok, kalau kita pandang seseorang tu dari segi rupa, tak mustahil suatu hari nanti dia akan jadi lebih hensem/cantik. memang lah sekarang ni rupa dia tak hensem/cantik sebab masih budak hingusan lagi.. hehe nanti bila dah besar, pandai lah jaga penampilan tu..

lagi satu, kalau anda rasa dalam kelas anda tu, ada budak yang paling bodoh kurang cerdik, tak mustahil suatu hari nanti dialah yang akan menggegar dunia dengan ilmu dan kebolehan yang dia ada. manalah tahu kot-kot dia jadi perdana menteri ke, prof ke, ape-ape lagilah pangkat tinggi-tinggi tu. Kita yang 'pandai' sangat ni kononya hanya jadi kuli kepada mereka. Macam Bill Gates yang dropped universiti sbb x pandai, last2 dia jadi org paling kaya. kawan-kawan dia yang dulu lebih pandai jadi pekerja dia pulak.

sebab itu jangan pernah kita pandang rendah kat orang lain. sebab kita tak tahu nasib kita selepas ini. baik ke, buruk ke, nasib mereka pun kita tak tahu.. kita hanyalah hamba Allah yang hina. tiada hak untuk kita menilai orang lain. hanya Allah sahaja yang berhak.

sekian sahaja penulisan saya yang khilaf ini..

Friday, May 18, 2012

impian -episod 2-

6 MEI 2020

kelihatan haziqah sedang duduk seorang diri di balkoni rumahnya  sambil termenung. Di tangannya terpegang rapi sekeping gambar lama semasa dia sedang menuntut di Uitm. kira-kira 8 tahun lalu. Dia mengelamun teringatkan masa silamnya saat menjadi kanak-kanak ribena walaupun hakikatnya dah besar dan selayaknya digelar mak orang.

2 JANUARI 2012
suatu malam yang sejuk dan nyaman. pelajar2 asasi uitm sedang sibuk study. di satu bilik, kelihatannya Afiqah sedang tekun membuat kerja sambil roommate nya, Ayu  melayan perasaan dengan buku chemistry. 

haziqah :  Apitahh! Buat ape tuuu?

Afiqah  : Tutorial Math ni haa.. dah siap?? nak pinjaaaaaaaamm~ heheeee ^^V

Haziqah : belumlah.. baru buat sikit. hehe..

Afiqah  : habis tu buat ape sekarang? online ke?

buat baik dibalas baik

assalamualaikum semua...


ape perkara yang terbaik kita buat hari ini? tolong orang? or lebih spesifik lg tolong mak ayah? adik beradik? hari ni afaz nk kongsi satu cerita menarik. tapi bukan afaz yang karang. cuma translate post afaz before this.. 'kindness surely pays back' . ok.. we start now.




pada suatu masa dahulu, di suatu perkampungan kecil di Pakistan, ada seorang budak bernama Hassan yang tinggal bersama keluarganya. kehidupan mereka sangat susah. ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.' Untuk membantu keluarganya, Hassan menjual baku, tali dan barang-barang buatan tangan dari rumah ke rumah. selain digunakan untuk menyara keluarga, duit itu jugalah digunakan untuk membiayai persekolahannya.


suatu hari, ketika matahari terik memancar, Hassan keluar bekerja. disebabkan jualannya tidak mendapat sambutan lagi, dia tiada duit untuk membeli makan tengah hari. dan ketika itu dia terasa sangat lapar. dia membuiat keputusan untuk meminta sedikit makanan dirumah seterusnya. Setibanya di rumah itu, Hassan terkelu melihatkan seorang wanita muda dihadapannya. elok-elok nak minta makanan, Hassan cuma minta air kosong sahaja. Wanita itu kasihan melihat Hassan kelaparan. Oleh itu, dia memberi Hassan segelas susu. Melihatkan itu, Hassan berasa gembira. 'Terima kasih,' kata Hassan perlahan. Hassan minum susu tersebut dengan sopan dan tiba-tiba teringat yang dia sebenarnya tidak mempunyai wang untuk membayar susu itu. Lalu dia bertanya, 'berapa perlu saya bayar untuk susu ini?'


kindness surely pays back







There once was a little boy called Hassan who lived in a small village in Pakistan. Hassan’s family were poor and they just about had enough to make ends meet. To help the family Hassan used to sell baskets, rope and other hand-made items from door-to-door. The money not only helped his family but also paid his way through school. On one of the many hot days in the village, Hassan was out working away, he found his pockets to be empty & he was hungry. It was a blazing hot day & Hassan had another hour or so to go before he got home.

He decided he would ask for a meal at the next house. However, he lost his nerve when a lovely young woman opened the door. Instead of a meal he asked for a drink of water. The young woman, upon seeing the boy thought he looked hungry so she brought him a large glass of milk instead. When Hassan saw the milk, his eyes lit up. “Jazakallah”, he said softly. He drank the milk slowly, and then suddenly remembering he had no money quickly asked, “How much do I owe you?”

“You don’t owe me anything,” the young woman replied. “My mother has taught us never to accept pay for a kindness.” Hassan replied “Then jazakallah & I thank you from my heart.”

Life went on & year’s later that young woman became critically ill. The local doctors were baffled by her illness. So much so they finally sent her to the big city, where they called in a specialist to study her rare disease. The specialist, after a long struggle & an operation helped cure the woman of her ailment. When the hospital tallied up the charges for the treatment, they sent the final bill to the specialist to check. He looked at it, wrote something on the edge and the bill was sent back to be given to the woman.

When the woman, who was recuperating in hospital got the bill, she feared to open it, for she was sure it would take the rest of her life to pay for it all. She cautiously opened the envelope and took out the bill. On the side of the bill was a hand-written note, “Paid in full with one glass of milk.” (Signed) Dr. Hassan Amin. Tears of joy flooded her eyes. Kindness surely pays back. 
the end...


this story is copy paste from islamicthinking for the sake of daawah.  =)

Tuesday, May 8, 2012

impian -episod 1-

4 MEI 2020


di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur. kelihatan seorang doktor yang baru sahaja keluar dari OT. sedang sibuk menyemak detail pesakit sambil berjalan menuju ke biliknya. tanpa disedari, dia terlanggar seorang wanita yang kelihatannya sesat mencari bilik Doktor Farah.

doktor : eh, maafkan saya puan. biaselah... dah busy macam ni, kiri kanan pun x sempat nak tengok.

wanita :  eh.. xpe2. saya memang suka main langgar2 macam ni. erm, saya tengah sesat ni.. ada appointment          
              dengan doktor Farah. tapi dari tadi dok pusing sana pusing sini x jumpa2 jugak..

doktor : (berbisik) suara ni macam pernah dengar jer.. mukanya macam pernah kulihat tapi dimana ya? erm..

wanita :  doktor! dengar x ni.. saya nak cari doktor Farah.. dah lambat ni~ eh.. kejap2 tengok muka sikit..
              lahh  ayu! ayu rupanya... mesti dah tak kenal kita kan? tahulah cantik.. takkan x dapat cam kot?

Sunday, May 6, 2012

cupcakes

assalamualaikum~

baru2 ni afaz try buat cupcakes! saja2 je.. bosan duduk rumah sorang2 kannn...
1st time kot buat... alhamdulillah.. nasib baik menjadi
cuma topping tu je lahh.. afaz ni pun x berapa creative nk hias2 bagai..
nnt makan jugak kan cupcakes tu.. huhuu~

choc topping

5 corak cupcakes

~yummy~


inilah cupcakes yg dibuat~ mcm boleh buka bisnes je lepas ni.. hehe
insyaallah..