Friday, May 18, 2012

buat baik dibalas baik

assalamualaikum semua...


ape perkara yang terbaik kita buat hari ini? tolong orang? or lebih spesifik lg tolong mak ayah? adik beradik? hari ni afaz nk kongsi satu cerita menarik. tapi bukan afaz yang karang. cuma translate post afaz before this.. 'kindness surely pays back' . ok.. we start now.




pada suatu masa dahulu, di suatu perkampungan kecil di Pakistan, ada seorang budak bernama Hassan yang tinggal bersama keluarganya. kehidupan mereka sangat susah. ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.' Untuk membantu keluarganya, Hassan menjual baku, tali dan barang-barang buatan tangan dari rumah ke rumah. selain digunakan untuk menyara keluarga, duit itu jugalah digunakan untuk membiayai persekolahannya.


suatu hari, ketika matahari terik memancar, Hassan keluar bekerja. disebabkan jualannya tidak mendapat sambutan lagi, dia tiada duit untuk membeli makan tengah hari. dan ketika itu dia terasa sangat lapar. dia membuiat keputusan untuk meminta sedikit makanan dirumah seterusnya. Setibanya di rumah itu, Hassan terkelu melihatkan seorang wanita muda dihadapannya. elok-elok nak minta makanan, Hassan cuma minta air kosong sahaja. Wanita itu kasihan melihat Hassan kelaparan. Oleh itu, dia memberi Hassan segelas susu. Melihatkan itu, Hassan berasa gembira. 'Terima kasih,' kata Hassan perlahan. Hassan minum susu tersebut dengan sopan dan tiba-tiba teringat yang dia sebenarnya tidak mempunyai wang untuk membayar susu itu. Lalu dia bertanya, 'berapa perlu saya bayar untuk susu ini?'






Wanita itu berkata, 'awak tak perlu bayar apa-apa. Mak saya cakap, buat baik biar ikhlas. jangan minta balasan.' Hassan membalas, 'kalau begitu, terima kasih banyak-banyak ikhlas dari lubuk hati saya.'


Hidup diteruskan seperti biasa. Hassan tidak lagi berjumpa dengan wanita itu.


Bberapa tahun kemudian, wanita itu ditimpa satu penyakit kritikal yang tidak diketahui apakah puncanya. Doktor-doktor tempatan juga tidak dapat mengenalpasti sakitnya. lalu, wanita itu dibawa ke hospital pakar di bandar. Doktor pakar merawat wanita itu. Setelah pembedahan dilakukan, wanita tersebut beransur pulih. Setelah pihak hospital membuat semakan tentang pembayaran bil, bil tersebut diserahkan kepada doktor bertugas yang merawatnya untuk ditandatangani. Doktor tersebut melihat bil itu dan menulis sesuatu di atass bil itu. kemudian, bil itu diserahkan semula kepada pihak hospital untuk diberi kepada wanita itu.


Setelah bil sampai ke tangan wanita itu, dia berasa takut untuk membukanya kerana risau akan caj yang dikenakan sangat tinggi dan menyukarkannya untuk membayar balik. Perlahan-lahan dia membuka sampul bil itu dan melihatnya. Di tepi bil itu ada nota yang bertulis, ' Telah dibayar oleh segelas susu' (signed) Dr. Hassan Amin. Mata wanita itu berkaca-kaca menahan tangisan. tangisan kegembiraan.. kebaikannya suatu masa dahulu dibayar. benarlah bidalan "buat baik dibalas baik". Cuma masa yang menentukan sama ada balasan itu cepat atau lambat. banyak atau sedikit.
-tamat-

No comments:

Post a Comment