Saturday, May 19, 2012

jangan pandang rendah

assalamualaikum readers~
bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah Allah telah memberi ilham kepada afaz untuk menulis entry berkenaan jangan pandah rendah terhadap orang lain. Sebagai manusia, kita tidak lari daripada membuat silap. TETAPI, kita boleh elak daripada melakukan kesilapan. Caranya bagaimana? mudah sahaja.. kembali kepada yang Esa. kerana Dia tidak pernah silap dalam menguruskan makhlukNya.

pernah tak anda lihat seseorang, yang pada pandangan anda.. 'eleh budak ni, macam bagus je..'
ataupun  'muka je cantik.. tapi perangaiiii nauzubillah'
ataupun  'hish..  ilmu macam banyak je nak nasihat orang. padahal sekolah biase je'


haaa... perkara macam ni lah yang Allah tak suka. seolah-olah kita berburuk sangka. sedangkan kita sangat sangat dituntut untuk berbaik sangka (husnuzon).

Jangan sesekali kita memandang rendah terhadap orang lain. sebab, tak mustahil suatu hari nanti, orang itulah yang akan menjadi lebih hebat daripada kita. yang mana dulunya kita kata dia lah yang paling jahil, tak mustahil dia boleh menjadi paling warak. Siap berniqab bagai..  Hidayah Tuhan kita tak tahu. kalau Tuhan nak bagi, Dia akan bagi. sebab itu Hidayah milik Allah. tak ada sesiapa yang mampu mengubah orang lain menjadi lebih baik sekiranya hidayah Allah masih tak sampai kepadanya. apa yang boleh kita lakukan adalah menasihatinya agar lembut hatinya dan itu dianggap usaha kita membantu agama Allah. banyak pahala bagi orang yang membantu agama Allah ni tau anak-anak.

back to the story..ok, kalau kita pandang seseorang tu dari segi rupa, tak mustahil suatu hari nanti dia akan jadi lebih hensem/cantik. memang lah sekarang ni rupa dia tak hensem/cantik sebab masih budak hingusan lagi.. hehe nanti bila dah besar, pandai lah jaga penampilan tu..

lagi satu, kalau anda rasa dalam kelas anda tu, ada budak yang paling bodoh kurang cerdik, tak mustahil suatu hari nanti dialah yang akan menggegar dunia dengan ilmu dan kebolehan yang dia ada. manalah tahu kot-kot dia jadi perdana menteri ke, prof ke, ape-ape lagilah pangkat tinggi-tinggi tu. Kita yang 'pandai' sangat ni kononya hanya jadi kuli kepada mereka. Macam Bill Gates yang dropped universiti sbb x pandai, last2 dia jadi org paling kaya. kawan-kawan dia yang dulu lebih pandai jadi pekerja dia pulak.

sebab itu jangan pernah kita pandang rendah kat orang lain. sebab kita tak tahu nasib kita selepas ini. baik ke, buruk ke, nasib mereka pun kita tak tahu.. kita hanyalah hamba Allah yang hina. tiada hak untuk kita menilai orang lain. hanya Allah sahaja yang berhak.

sekian sahaja penulisan saya yang khilaf ini..

No comments:

Post a Comment