Tuesday, May 22, 2012

dunia di tangan, bukan di hati

assalamualaikum readers
bismillahirrahmanirrahim~




'Dunia di tangan, bukan di hati'. Selayaknya dunia itu terletak ditangan. bukan dihati. kerana di hati setiap mukmin itu pastinya telah dipenuhi oleh ukhrawi. Bolehkah kita buat dua perkara dalam satu masa? susah bukan? begitulah juga hati kita. Penuhi hati kita dengan zikrullah, majlis2 ilmu, amal-amal soleh... dan seumpamanya. barulah hati menjadi tenang.. Bukan afaz bermaksud nak suruh kalian tinggalkan dunia, tidak sama sekali! Bahkan, tidak dinafikan bahawa dunia ini juga membantu kita ke arah ukhrawi. TETAPI,, jangan meletakkan cinta kepada dunia melebihi cinta kepada akhirat. of course semua orang dah tahu kan?

Nabi Muhammad SAW bersabda. 'akan datang suatu zaman nanti, semua manusia bersikap wahan'. Para sahabat bertanya, apakah sikap wahan itu, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab, 'Wahan itu adalah cintakan dunia, takutkan mati.' Rata-rata umat sekarang itulah realitinya. terlalu mengejar kekayaan.. kejayaan.. pangkat, harta dan sebagainya.

sedangkan, apabila ajal telah tiba, semuanya itu akan ditinggalkan. yang dibawa sebagai bekalan hanyalah amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang dimanfaatkan. sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW, 'setelah mati seorang anak adam, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, iaitu amal jariah, doa anak soleh yang mendoakannya dan ilmu yang bermanfaat yang dimanfaatkan.'

tidak salah untuk kita mengejar kekayaan, kejayaan didunia ini asalkan kekayaan itu kemudiannya disalurkan ke arah yang baik. bersedekah contohnya. yang salah apabila kekayaan yang dimiliki itu digunakan untuk bermegah-megah. "akulah orang paling kaya.. semua dalam dunia ni aku boleh beli.." contoh sahaja... x kait sesiapa pun.. cuba kita lihat balik, semua dalam dunia ini bukan milik kita. semuanya milik Allah. Allah Maha Kaya.  apa yang kita ada ini hanyalah pinjaman daripadaNya. jasad kita jua pinjaman daripada Ilahi. sampai masanya, diambil oleh Allah. jadi, x perlu lah rasanya kalau nak berbangga lebih-lebih kan?
sama-samalah kita mengambil pengajaran.

*pesanan buat diri sendiri dan sahabat~
sekian, wassalam.  (^.^)



No comments:

Post a Comment